JellyPages.com

Allah loves you very much... Cinta Allah mengatasi cinta sesiapa sahaja terhadapmu..Believe me..:)

Mari explore...

Thursday, May 30, 2013

S.M.A Episod 5

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Apa khabar sahabat2 sekalian?

Nampaknya..Sudah berhabuk blog saya ini..

Cerpen saya juga telah tergantung tanpa saya sedari.Baiklah,untuk episod 5,kita akan saksikan penamat cerita antara Fatimah Husna al-Fatih dan Ahmad Izzuddin Abdullah..

Bersatukah mereka dengan satu ikatan pernikahan atau..?

Anda baca dan anda akan tahu..

Selamat membaca.. :)

S.M.A Episod Lima


“I’m going to enter it but it is only for muslims.Can I be a muslim like you,Fatimah?”Alex berkata demikian sambil melutut di Rumah Allah.Dia Nampak begitu insaf.Alexander Moses,seorang jejaka Inggeris berkacukan Perancis dan Arab,mengatakan kalimah yang begitu menyentuh hatinya.Dia adalah sahabat Fatimah Husna al-Fateh sewaktu belajar di Baylon University dan mengambil kos yang sama dengan Fatimah.
“Of course you can be a muslim,Alex.However,you must recite shahadah first.Now stand up and go inside.Meet the Imam of this mosque,so that you can recite the shahadah.Is it okay with you?”Fatimah berkata begitu sambil menunjukkan senyuman di bibirnya.

Alexander memang telah jatuh hati dengan wanita muslim itu.Dia jatuh hati dengan kerendahan hatinya,peribadinya yang tegas dalam berbicara,sifat-sifatnya telah memaut atmanya.Namun,Alex lebih jatuh hati pada Islam kerana Fatimah sering bercerita kepadanya tentang islam dan tentang betapa cintanya Allah kepada hambaNya.

“Alright.Thank you for the advice.By the way,you looked beautiful today!”Alex berkata demikian sambil melemparkan senyumannya pada Fatimah.

Fatimah tergamam.Dia tidak menyangka Alex akan berkata demikian.Hal ini kerana,dia tidak pernah menganggap Alex itu lebih dari seorang kawan.
“Ya Allah,lindungi hati ini dari menyukai insan yang tidak akan menjadi Imamku.Saya tidak ingin curang pada suami saya.Walaupun saya tidak mengenali siapa suami saya,namun,seandainya dia mengetahui saya pernah menyukai lelaki lain sebelumnya,pasti dia berasa sedikit tersinggung.Saya ingin menjadi makmum terbaik buat Imam saya,ya Allah..Aamiin,”Fatimah bermonolog di dalam hatinya sambil berdoa kepada Allah.

7 Ramadhan 1437H
Pada hari ini,Fatimah tekad untuk meluahkan isi hatinya pada insan bernama Ahmad Izzuddin Abdullah melalui email.Dia telah menunaikan solat istikharah dan dia yakin dengan keputusan yang telah dia lakukan.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,saudara Ahmad Izzuddin Abdullah.Seperti yang dikau minta,aku akan menyatakan keputusanku berkenaan lamaranmu tiga tahun yang lalu.Sudah bersedia?Bersedia atau tidak,engkau akan tahu jawapannya di dalam email ini.Sila skrol ke bawah.









Dengan ini,insan bernama Fatimah Husna al-Fateh…………lamaran Ahmad Izzuddin Abdullah.
Salam ikhlas,
Fatimah Husna al-Fateh”


Fatimah Husna yakin dengan jawapan yang Allah telah berikan padanya.InsyaAllah,apa yang Allah tetapkan untuk kita tidak pernah salah cuma manusia yang salah tafsir tentangnya.Pada tanggal 7 Zulkaedah 1437H,Fatimah akan tiba di tanah airnya,Malaysia.InsyaAllah.


7 Zulkaedah 1437H
Seluruh ahli keluarga Fatimah Husna al-Fateh telah menunggu kepulangan Fatimah di balai menunggu di Kuala Lumpur International Airport(KLIA).Fatimah Husna al-Fateh yang telah selamat tiba di lapangan terbang itu sedang memunggah barang-barangnya ke troli yang disediakan.Tidak sabar rasanya untuk dia melihat wajah ibunya yang sangat dia rindui,sahabat-sahabatnya dan insan-insan lain.Namun,dia khuatir andai Ahmad Izzuddin Abdullah akan menjemputnya  atau tidak setelah menerima email darinya bulan lepas.Namun,dia redha,andai dia tidak hadir pun tidak mengapa kerana dia memahami kondisi Ahmad Izzuddin yang sibuk dengan kerjanya.
  
   Saat-saat yang dinantikan telah tiba.Fatimah dan Alexander akan keluar dari pintu kaca itu sambil menolak troli mereka bersama-sama.Ibu Fatimah telah pun mengetahui tentang kehadiran Alexander ke Malaysia.Dari jauh,Fatimah telah dapat melihat wajah-wajah insan yang sangat Fatimah rindui.Fatimah menolak trolinya ke arah keluarganya dan memeluk mereka setelah bertemu dengan mereka.Pada saat Fatimah memeluk ibunya,Fatimah terlihat figura seorang insan yang dia sangat rindui.Dia memakai Jubah putih paras lutut dan jaket hitam di bahagian luarnya dan berkopiah.Jaket hitam itu,jaket yang sama insan itu pakai sewaktu menghantarnya di airport ini.Namun,kali ini Fatimah lihat wajah insan itu lebih bercahaya dari sebelum ini.

“Kacak sungguh future zauj ku ini,ya Allah,”Fatimah bermonolog di dalam hatinya.

Insan itu adalah Ahmad Izzuddin Abdullah.Setibanya Ahmad di hadapannya,Ahmad mengatakan sesuatu kepadanya.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,ya Fatimah.Ismi Ahmad Izzuddin Abdullah.Hal anti tazkiruni?”Tanya Ahmad kepada Fatimah.

Kata-kata itu,Ahmad pernah katakan padanya sewaktu menghantarnya untuk belajar di Baylon University tiga tahun yang lepas.
“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,ya Ahmad.Alhamdulillah,Fatimah ingat lagi pada enta.Apa khabar?Ini dia Alexander Moses yang telah ku katakan padamu.Aku harap engkau tidak menolak permintaanku,”kata Fatimah sambil menguntumkan senyuman di bibirnya.
Ahmad bersalaman dan memeluk Alexander yang kini bernafas dengan nama barunya,Ahmad Musa Abdullah.
“Assalamualaikum w.b.t. my new friend.We have packed schedule after this.I hope it is okay with you.”kata Ahmad pada Ahmad Musa Abdullah.
“Waalaikumussalam w.b.t.I’m certainly okay with it,bro!That’s my intend to come Malaysia,”kata Musa.

Ahmad Izzuddin kemudian mengalihkan pandangannya pada Fatimah.Wajah itu sangat dia rindui.Dia ingin mengatakan sesuatu padanya.
“Fatimah,terima kasih kerana menerimaku.Aku akan menjadi Imam yang terbaik buatmu,insyaAllah.Alhamdulillah,Allah telah memakbulkan doaku.”kata Ahmad.
“ Berterima kasihlah pada Allah,Ahmad kerana Dia yang telah mentakdirkan semua ini.Bimbinglah daku dan anak-anak kita nanti untuk menjadi hamba Allah yang taat padanya.”kata Fatimah.
“InsyaAllah,Fatimah.Sama-sama kita bercinta demi mendapatkan cinta Allah dan syurgaNya.”kata Ahmad.
Alhamdulillah,akhirnya,setelah lama dinanti,Ahmad Izzuddin Abdullah akan menikahi Fatimah Husna al-Fateh.Dia juga akan mendidik saudara islam yang baru bernama Ahmad Musa Abdullah.
Sesungguhnya,kisah cinta Fatimah dan Ahmad ini penuh hikmah.Hal ini kerana,mereka sangat menjaga batas-batas agama dan dalam menuju matlamat cinta mereka,mereka bersama-sama bersabar dengan segala dugaan cinta.Cinta itu,lebih baik andai kita sandarkan ia pada Allah.Sesungguhnya,apabila kita mencintai Allah lebih dari kita mencintai perkara lain,kita akan mendapat cinta dari insan-insan yang mencintai Allah.

S.M.A!
(Selamat Mencintai Allah!)
TAMAT.

Saturday, February 16, 2013

S.M.A. Ep 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Apa khabar sahabat-sahabat?
Khaifa halukum?

Saya mendoakan agar sahabat  sihat sentiasa.Aamiin ya Rabb.

Baiklah,setelah saya berkongsi Episod Tiga di laman Facebook,ada sahabat saya yang tidak sabar untuk menantikan persoalan-persoalan yang berputar di minda mereka terjawab di Episod Empat.

InsyaAllah,moga-moga teka-teki itu akan terjawab di Episod kali ini.

Antara persoalannya,

"Mengapa Ahmad berada di KLIA?"

Ada juga sahabat yang geram dengan karakter Ahmad kerana perbuatannya terhadap Fatimah Husna suatu ketika dahulu.
Buat sahabat-sahabat yang belum membaca Episod Tiga ,sila klik link ini.

http://mujahadah-islamiah.blogspot.com/2013/02/sma-eptiga.html

Toyyib,,seperti yang sahabat -sahabat nantikan..Episod Empat S.M.A.
Semoga peroleh manfaat..


S.M.A

Episod Empat


Setibanya di Kuala Lumpur International Airport(KLIA),Fatimah mengeluarkan semua barang miliknya dan meletakkannya di troli.Tiba-tiba,seorang jejaka yang kelihatan sungguh kacak dengan t-shirt putih bersama jaket hitam di bahagian luarnya berjalan ke arahnya.

Fatimah cuak.

“Ya Allah,saya kenal insan ini.Dialah Ahmad Izzuddin Abdullah.Insan yang tidak ingin kujumpa lagi di muka Bumi ini.Mengapa dia berada di sini,ya Allah?”Fatimah bermonolog di dalam hatinya.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,ya Fatimah.Ismi Ahmad Izzudddin Abdullah.Hal anti tazkiruni?”Ahmad memperkenalkan dirinya di dalam bahasa Arab.

PELIK.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,ya Ahmad.Alhamdulillah,ana masih ingat anta.Anta buat apa di sini?”Fatimah berkata sambil memandang ibunya.Dia tidak ingin langsung memandang lelaki itu apatah lagi menatap mata dengannya.Sakit sungguh hatinya.Peristiwa itu tidak pernah luput dari ingatannya.

Ana mahu hantar anti lah.Jom,kita gerak sama-sama.Assalamualaikum mak cik.”Ahmad yang terkenal dengan sifat peramahnya memberi salam kepada ibu Fatimah.Lantas itu,dia menolak troli Fatimah yang sarat dengan barangnya menuju ke entrance KLIA.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabaraktuh,Ahmad.Jom kita masuk,nanti lambat kita,Fatimah.”kata ibu Fatimah.
Setibanya di Balai Pelepasan,Ahmad berkata sesuatu kepada Fatimah.

“Fatimah,aku harap engkau dapat maafkan aku atas kesilapan aku yang dahulu.Sejak dari peristiwa itu,aku tekad untuk berubah,Fatimah.Alhamdulllah,aku dapat sambung Ijazah di Universiti Sains Malaysia.Aku nak kau tahu sesuatu.”kata Ahmad.

“Alhamdulillah,tahniah Ahmad.Apa dia?”Fatimah berasa sungguh gementar dengan perkara yang ingin Ahmad katakan.

“Aku akan tunggu engkau,Fatimah.Aku ingin jadikan dikau isteri aku yang pertama dan terakhir.Engkau ada tiga tahun untuk memikirkan perkara ini,bila engkau sudah istikharah dan membuat keputusan,tolong email aku ya.Aku akan tunggu jawapan engkau dan aku berharap agar engkau dapat menerimaku.Aku tahu,aku tidak sempurna seperti yang engkau inginkan tetapi,aku akan berusaha untuk menjadi Imam yang terbaik untuk makmumku,engkaulah makmumku,insyaAllah,”Ahmad berkata dengan nada yang penuh keinsafan.Fatimah dapat merasakan perubahannya dari seorang jejaka yang ‘buaya darat’,kini dia ingin berubah menjadi muslim yang baik.Alhamdulillah.

“Terima kasih atas kata-kata itu.Aku sangat menghargainya.InsyaAllah,akan aku beritahu keputusannya kemudian.Buat sementara waktu ini,perbanyakkanlah doa untuk kita bersama.Moga-moga Allah merahmati perhubungan ini.Ibu,ini Ahmad.Kawan sekampus di Dungun dahulu.”Fatimah memperkenalkan Ahmad pada ibunya.

“Oh,ini Ahmad.Fatimah tidak pernah menyebut nama kamu tetapi mak cik dapat rasa bahawa kamu seorang anak yang baik.Fatimah,flight kamu sudah diumumkan tu.Salam ibu cepat,”kata ibu Fatimah.Saat ini dirasakan perit namun dia perlu melepaskan anaknya agar dia dapat mencapai cita-citanya untuk menyambung pengajiannya di luar Negara.

Fatimah mencium tangan ibunya lalu bergerak menuju eskalator dan figuranya sedikit demi sedikit hilang lenyap  dari pandangan Ahmad dan Ibunya.

7 Rejab 1437H

Hidup di Baylon University menjadi lebih mudah dengan bantuan sahabat-sahabat yang juga datang dari Malaysia.Pencapaian Fatimah sentiasa berada di ranking teratas.Fatimah memang hebat di dalam pelajarannya.Namun,jauh di dalam hatinya,figura wajah dan kata-kata seorang insan bernama Ahmad Izzuddin Abdullah sentiasa bermain di dalam mindanya.

     Tidak lama lagi,seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan yang merupakan bulan di mana umat islam diwajibkan berpuasa demi mendapat redha Allah s.w.t.Fatimah,seperti kebiasaannya,dia suka meluangkan masa di Masjid yang berdekatan di Texas.Struktur masjid yang indah ini telah menambat hati Fatimah Husna untuk terus beribadah di masjid ini.Dia sering hadir ke masjid setengah jam lebih awal sebelum masuk waktu solat untuk beriktikaf di masjid yang serba indah itu.Setiap insan yang Fatimah temui,dia pasti akan mengadakan bulatan cinta bersama mereka.Tika itu,Fatimah akan berkongsi ilmu bersama sahabatnya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
“Sampaikanlah daripadaku walau hanya sepotong ayat.”
Apa gunanya ilmu di dada kita andai kita tidak sebarkannya kepada insan-insan yang memerlukan.

7 Syaa’ban 1437H
“Assalamualaikum ya Fatimah!”kata Alexander Moses kepada Fatimah yang sedang berlari anak-anak ke Masjid.

Fatimah pelik.

Alaikum,Alexander.Wahat are you doing at here?Are you going inside?”Fatimah bertanya kepada Alex sambil menunjukkan jari telunjuknya ke entrance Rumah Allah yang serba indah.

“I’m going to enter it but it is only for muslims.Can I be a muslim like you,Fatimah?”Alex berkata demikian sambil melutut di Rumah Allah.



Alhamdulillah,Ahmad sudah menyatakan hasratnya untuk menjadikan Fatimah Husna al-Fateh sebagai isterinya setelah Fatimah kembali ke Malaysia.

Namun begitu,Adakah Fatimah menerima lamarannya atau sebaliknya?

Siapakah Alexander?

Adakah Alexander berada di tempat yang istimewa di dalam hati Fatimah?

Nantikan jawapannya di Episod seterusnya..

Wednesday, February 13, 2013

S.M.A Ep.3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Saya berharap agar anda semua berada di kondisi yang baik.Semoga Allah merahmati kita semua dalam setiap apa yang kita lakukan.
 Bagaimana setakat ini?
Sudah banyak saspen di dalam cerpen ini?
Baiklah pada episod Dua,kita telah mengetahui bahawa insan bernama Ahmad Izzuddin Abdullah telah menyimpan hasrat untuk menjadikan Fatimah Husna al-Fateh sebagai pemaisuri hatinya.

Ini adalah link untuk Episod Dua buat anda yang belum membacanya..

http://mujahadah-islamiah.blogspot.com/2013/02/sma-ep2.html

Namun,adakah cita-citanya akan dicapai?
Apakah yang berlaku setelah Ahmad menegur Fatimah ketika mereka berada di tempat yang jarang-jarang dilalui oleh mahasiswa dan mahasiswi?
Nantikan jawapannya di dalam Episod Tiga S.M.A.


S.M.A
Episod Tiga

“Astaghfirullah hal azim!Terkejut aku dibuatnya.Ahmad,jika ingin menegur sekalipun,ucaplah ‘Assalamualaikum’,ini tidak,main terjah sahaja.Alhamdulillah,aku tidak mempunyai penyakit lemah jantung,”

Fatimah berkata dengan tegas pada Ahmad.

“Maaf,Fatimah.Aku sedang berjalan di lorong ini.Tiba-tiba,aku terlihat engkau berjalan seperti tiada arah,jadi,aku tegurlah.Engkau buat apa di sini?” kata Ahmad.

Ahmad yang memang menyimpan perasaan terhadap Fatimah,menatap wajah Fatimah yang dilihat begitu manis sekali.Hatinya berasa tenang sekali pabila melihat insan bernama Fatimah Husna al-Fateh.Selama dia hidup di muka Bumi ni,dia telah mengenali ramai wanita,namun,Fatimah ini dirasakan begitu istimewa di dalam sanubarinya.

“Aku sahaja berjalan-jalan di sini,mengambil angin pantai ini.Maaf,Ahmad.Aku harus pergi.Tidak elok rasanya andai hanya kita berdua sahaja berada di sini.Assalamualaikum,”

Fatimah berkata demikian lalu berjalan melintasi Ahmad.Tiba-tiba,Ahmad memegang tangannya seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi.

Ahmad,maaf.TOLONG LEPASKAN TANGAN AKU.TANGAN INI HANYA LAYAK DIPEGANG OLEH INSAN YANG 'HALAL’  BAGIKU SAHAJA.SESUNGGUHNYA,MEMEGANG KHINZIR ITU LEBIH BAIK DARI MEMEGANG TANGAN  YANG HARAM DIPEGANG SEBELUM TIBA MASANYA,”

Fatimah berkata demikian sambil melepaskan tangannya dari genggaman keras Ahmad dengan menggunakan seni mempertahankan diri yang pernah dia belajar dahulu.Fatimah terus melangkah laju meninggalkan Ahmad di belakang.

“Kenapalah aku terlalu bodoh?Ahmad,dia tidak seperti wanita yang lain kau kenal!!!

Dia itu suci,Ahmad.Baginya,dia hanya ‘halal’ untuk suaminya sahaja.Ingat itu,Ahmad!”

Ahmad getus sendirian.Dia merasa tindakannya sebentar tadi merupakan tindakan yang paling bodoh yang dia pernah lakukan sepanjang dia bernafas di muka Bumi ini.

7 Jamadil Awal 1434H.

Fatimah masih teringat akan peristiwa pada hari itu.Alhamdulillah,Allah melindungi dia dari perkara yang tidak elok didengari oleh orang lain.Di dalam sujudnya,dia berdoa agar Allah terus melindunginya dari insan bernama Ahmad Izzuddin.Tindakan  Ahmad pada hari itu dirasakan terlalu biadap.Sangat biadap!
Semester Akhir semakin menemui pengakhirannya.Fatimah berdoa agar dia dapat memperoleh biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah di luar Negara.Dia ingin menyambung pengajiannya di Baylon University,Texas di dalam kos Sains Politik.Fatimah Husna telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab peperiksaan akhir semesternya.Dia yakin bahawa dia akan mendapat Dean List untuk semester ini seperti semester-semester sebelum ini.InsyaAllah.

7 Jamadil Akhir 1434H

Pada hari ini,Fatimah akan bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kula Lumpur untuk mencapai impian untuk belajar di Baylon University.Alhamdulillah,dia berasa sungguh bersyukur dengan nikmat kurniaan ini.

“Fatimah,semua kelengkapan sudah cukup?Beg pakaian,alat solat,dan lain-lain?”soal ibu Fatimah Husna al-Fateh.

Ibu Fatimah yang sangat menyokong impian Fatimah untuk menyambung pengajiannya di luar Negara,begitu sibuk urusannya pada hari ini.Dia ingin memastikan Fatimah tidak meninggalkan sedikit pun barang-barang yang penting.

“Alhamdulillah,ibu.Semuanya sudah lengkap.Jom kita gerak sekarang.”kata Fatimah.

Kereta Chevrolet ZR1 yang dipandu Fatimah bergerak laju meninggalkan perkarangan rumahnya.Sewaktu Fatimah memandu kenderaanya,di dalam mindanya tertanya-tanya tentang kondisi seorang jejaka bernama Ahmad Izzuddin.Fatimah hanya berharap agar dia baik-baik sahaja.Hajat Fatimah meninggalkan Malaysia ini adalah kerana tidak mahu berjumpa dengan insan bernama Ahmad Izzuddin Abdullah itu lagi.Baginya,peristiwa pada 7 Rabiul Awal itu cukup mengguris hatinya.Fatimah berharap agar nama Ahmad tidak lagi tercatat di dalam kamus hidupnya.Dia berdoa kepada Allah agar membantunya melupakan figura insan itu.Namun,dia tidak pernah berjaya untuk melupakan jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah.Hanya Allah yang tahu sebabnya.
     
      Setibanya di Kuala Lumpur International Airport(KLIA),Fatimah mengeluarkan semua barang miliknya dan meletakkannya di troli.Tiba-tiba,seorang jejaka yang kelihatan sungguh kacak dengan t-shirt putih dan jaket hitam di bahagian luarnya berjalan ke arahnya.


Fatimah cuak.

“Ya Allah,saya kenal insan ini.Dialah Ahmad Izzuddin Abdullah.Insan yang tidak ingin kujumpa lagi di muka Bumi ini.Mengapa dia berada di sini,ya Allah?”Fatimah bermonolog di dalam hatinya.

Sungguh teguh hati Fatimah dalam menjaga maruah dirinya.Dia tidak akan sekali-kali membiarkan anggota badannya disentuh oleh insan yang belum 'halal' buatnya.Namun,pada zaman globalisasi ini,wanita dilihat semakin merelakan diri mereka diperlakukan sebegitu.Andai iman sudah terhakis,pelbagai perkara boleh berlaku.Oleh itu,marilah kita sentiasa online dengan Allah dan offline dengan Syaitan laknatullah.

Fatimah telah berjaya mencapai cita-citanya dalam pelajaran.
Namun,adakah benar insan yang dilihatnya itu adalah jejaka yang dia tidak ingin jumpa lagi di muka Bumi Allah ini?
Jika benar,mengapa dia ke KLIA?
Adakah dia ingin menyampaikan amanat buat Fatimah?

Nantikan jawapannya di Episod Empat S.M.A.

Sebelum menutup bicara untuk episod Tiga,suka  saya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua apa yang Allah pesan di dalam kitabNya,

"Ya Tuhan Kami ,anugerahkan kami,pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami,dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"

Surah al-Furqan ,ayat 74.
Amalkanlah doa ini sentiasa.Moga Allah kurniakan kita pasangan yang soleh dan solehah.insyaAllah.

Nantikan sambungannya di dalam Episod Empat! :)








Tuesday, February 12, 2013

S.M.A. Ep.2


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ini adalah sambungan cerpen S.M.A.
Pada post sebelum ini,kita mendapati Fatimah Husna telah dilanggar oleh seorang jejaka yang tidak diketahui identitinya.Namun,Aisyah,sahabat baiknya seolah-olah menyimpan sesuatu perkara dari pengetahuan Fatimah.
Siapakah jejaka yang melanggar Fatimah?Nantikan jawapannya di post kali ini.Selamat membaca.






Namun,sebelum itu,andai anda belum membaca episod Satu cerpen ini. Jari anda dipersilakan untuk klik link ini yup..Moga peroleh manfaat..


S.M.A
Episod Dua.

7 Rabiul Awal 1433H
   Fatimah Husna telah berjaya menyiapkan tugasannya pada hari ini.Sesungguhnya,dia berasa sangat bersyukur kerana tugasannya telah berjaya dia siapkan di perpustakaan kampusnya.

“Alhamdulillah,siap juga engkau ya,wahai kerja kursus.” 
Fatimah bermonolog sendirian sambil mengukir senyuman di bibir.

Kelihatan dari jauh,jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah menatap wajah wanita yang istimewa itu.Selama 21 tahun dia bernafas di muka Bumi,tidak pernah dia rasakan damai yang sebegini seperti saat itu.Namun,dia masih belum bersedia untuk menyatakan hasratnya pada Fatimah Husna.Ahmad berniat untuk melamarnya pabila mereka menamatkan diploma pada semester ini.

 
"Sabar,ya Ahmad.InsyaAllah,andai Fatimahlah orangnya,yang bisa menemani hidupku,yang bisa berada di sisiku dalam meneruskan perjuanganku,saya bersyukur sangat-sangat,
ya Allah.Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Saatnya pasti akan tiba.Allah sudah pesan di dalam Surah An-Nur,ayat 26,


“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Kalau saya mahu dapat srikandi yang baik,saya mesti menjadi baik dahulu.Bantulah hambaMu,ya Allah.Saya ingin Fatimah menjadi permaisuri hati saya suatu hari nanti.Aamiin.”

Fatimah yang sedang leka menyelak  helaian kerja kursusnya sehelai demi sehelai muka surat,tidak menyedari dirinya sedang dilihat oleh jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah,seorang lelaki yang kacak dan memegang jawatan yang tinggi di kampusnya.Hampir setiap wanita di kampusnya pernah menyukai jejaka ini.Di hadapan mesin cetak,Fatimah bermonolog sendirian,

“Alhamdulillah,kerja kursus sudah siap dan hanya tinggal untuk dihantar  pada Madam Maziyah sahaja.”

Fatimah bingkas bangun dari tempat duduknya dan mengemas alat tulisnya.Setelah itu,dia bergerak meninggalkan perpustakaan dan menuju ke bilik pensyarahnya.

7 Rabiul Akhir 1433H.
Kemanisan selawat semakin kuat dirasakan di dalam sanubari insan bernama Fatimah Husna al-Fateh.Sesungguhnya,apabila kita berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Allah juga akan mendoakan untuk kita .Oleh itu,marilah kita sentiasa berselawat untuk mendapat layanan istimewa daripada Allah.Allah yang Maha Pengasih akan mendoakan untuk kita!Sungguh Hebat Allah subhanahu wataala.
    
     Fatimah berjalan seorang diri melalui lorong yang agak jarang dilalui oleh mahasiswa dan mahasiswi UiTM Dungun.Hal ini kerana,pada hari ini,dia berasa sangat tertekan dengan kehadiran insan bernama Ahmad Izzuddin.Sejak kebelakangan ini,dia merasa tidak selesa apabila berselisih dengannya atau apabila bertentang mata dengannya.

“Ya Allah,bantulah hambaMu,ya Allah.Saya tidak ingin melakukan zina.Andai Ahmad Izzuddin Abdullah itu adalah jodohku,maka Allah satukanlah kami dengan lafaz nikah yang suci pada suatu masa nanti.Andai dia bukan orangnya,bantulah hambaMu ini untuk melupakan jejaka ini.Saya tidak ingin merindui atau teringat-ingat kepada jejaka yang belum tentu menjadi milikku.Kabulkanlah permintaanku,ya Allah.”

Fatimah bermonolog dengan Tuhannya,Allah yang Maha Esa.Hanya Allah yang memahami hatinya dan Allah yang memegang hati insan bernama Ahmad Izzuddin.Oleh itu,hanya kepada Allah lah tempat dia  merintih pertolongan.Fatimah memang begitu.Segala-galanya dia sandarkan pada Allah kerana dia tahu setiap perkara yang berlaku di dunia ini adalah atas kehendakNya.Kepada siapa lagi yang patut kita sandarkan selain pada Allah,tuhan yang Maha Menyintai kita?

“Fatimah!Engkau buat apa di sini?Mengapa engkau berjalan keseorangan di sini?”

Ahmad Izzuddin yang muncul entah dari mana arahnya menegur Fatimah yang sedang berbicara dengan Allah,Yang Maha Mendengar segala rintihan hambaNya.

APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS AHMAD MENEGUR FATIMAH?

BENARKAH FATIMAH YANG AKAN MENJADI PEMAISURI HATI 
AHMAD IZZUDDIN?

Nantikan jawapannya di post yang akan datang..
Semoga Allah memberkati kalian semua.aamiin.

Sunday, February 10, 2013

S.M.A


    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..sahabat sekalian2..
Sudah lama diri ini menyepi dek tugasan dan tanggungjawab di tempat pengajian.Kali ini,cuti telah kembali dan masa untuk mengupdate blog telah tiba.Buat post kali ini,saya ingin menyajikan anda dengan sebuah cerpen hasil karangan saya.Alhamdulillah,cerpen ini dapat disiapkan dalam masa tiga hari.
     Semoga dengan penghasilan cerpen ini,para pembaca dapat memperoleh input yang sebanyak-banyaknya.Apa genre cerpen ini?Anda baca dan anda akan tahu.Oleh itu,terimalah cerpen bejudul S.M.A.Kenapa S.M.A?Anda akan tahu di penghujung cerpen ini.Sebarang komentar amat digalakkan..

    S.M.A

    Fatimah Husna binti Al-Fateh,nama yang indah semanis wajah pemiliknya.Inilah nama seorang gadis yang tersenarai di antara pelajar cemerlang Universiti Teknologi Mara,Dungun,Terengganu.Keperibadiannya sangat dikagumi ramai orang dek ketegasannya apabila berbicara berkaitan pelbagai perkara terutamanya bidang agama.Kalam Allah dan hadith menjadi rujukannya.Bibirnya sentiasa dibasahi dengan zikir hariannya.
     Perwatakannya tegas namun tetap istimewa di mata seorang insan yang dari jauh sentiasa mendamba agar Fatimah bisa menjadi Permaisuri hatinya suatu hari nanti.Namun,di sebalik kehebatan insan ini,dia menyimpan sebuah kisah silam yang tidak mahu diungkitnya sampai bila-bila.Jika boleh,dia ingin lari jauh-jauh dari kisahnya itu.Baginya,kisah itu cukup pedih dan menusuk atmanya ibarat keris yang tajam menembusi kalbunya.Kisah silam antara dia dan jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah benar-benar menguji kesabarannya.Inilah kisah insan yang bernama Fatimah Husna Al-Fateh.
7 Safar1433H
“Ya Allah,sampai bila masanya aku dapat menyiapkan kerja kursus ini?Sudah pelbagai buku kuselak,namun,saya masih belum menjumpai solusi bagi jawapan ini.Bantulah hambaMu,Ya Allah.”
Fatimah Husna berdoa kepada Allah.Tuhan,tempat dia mengadu segala masalah.Baginya,tiada yang lebih indah selain menceritakan masalah hariannya kepada Allah.Hal ini kerana,Allah yang memberinya ujian tersebut dan kepadaNyalah Fatimah bergantung.Dia juga sering menasihati sahabatnya perihal agama.
Pesanannya yang lekat di minda ramai orang yang ditemuinya adalah sepotong ayat Al-Quran dari Surah At-Taubah(ayat 41) yang membawa maksud,

‘Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan atau berat dan berjihadlah dengan hartamu dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikian  itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui’

Ramai orang yang senang berurusan dengannya namun ada juga yang memandang enteng terhadap insan ini.Hakikatnya,dia sedar insan yang ingin membawa kebenaran memang sering dipandang enteng.Baginya,cukuplah dia cantik di pandangan Allah dan dia tidak gentar andai ramai yang membencinya.Namun,majoritinya gemar mendengar nasihatnya yang sering diselit bersama kisah yang bermanfaat.
      Pagi itu,Matahari tegak memancarkan sinarnya ke seluruh alam.Sungguh,Allah telah cipta alam ini dengan sungguh indah sekali,siapalah kita sebagai hambaNya yang dhaif lagi hina untuk tidak mensyukuri setiap nikmat yang Allah telah ciptakan.Allah telah berfirman di dalam Surah Ar-Rahman dan telah mengulang pesanan ini sebanyak 31 kali di dalam surah ini.

“Maka nikmat TuhanMu yang mana yang kamu dustakan?”

Fatimah Husna berjalan lemah menuju ke kelasnya di Dewan Kuliah Empat sambil mendengus sendirian.
“Ya Allah panasnya cuaca hari ini.Kuatkan hati ini,yaAllah.Tinggal beberapa tapak sahaja lagi,ya Rahman..

 “Wahai api,jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Nabi Ibrahim”

Potongan ayat 69 dari Surah Al-Anbiya’a diulang beberapa kali sehingga dia sudah merasa keajaiban potongan ayat itu.
“Alhamdulillah,saya sudah selamat sampai ke Dewan Kuliah.Lega rasanya,ya Allah.”
Fatimah Husna bermonolog sendirian.Tiba-tiba,kedengaran sayup-sayup namanya dipanggil dari jauh.Dia menoleh ke belakang.DUSH!
Seorang jejaka melanggar bahunya dan berjalan melintasinya tanpa berkata apa-apa.Getus Fatimah di hatinya.
“Ya Allah,sekurang-kurangnya katalah maaf ke,I’m sorry ke.Ini tidak,dia main lalu sahaja.Ya Allah,berilah hidayah kepada pemuda itu.Aamiin..”
Namanya kedengaran lagi.Namun,kali ini,bunyinya lebih jelas sekali.
“FATIMAH!Anti tahu tidak enti dilanggar siapa sebentar tadi?”kata Aisyah dengan suara yang beria-ria.
Dia tidak mengerti sedikit pun apa yang Aisyah cuba sampaikan.
“Aisyah cakap apa ini?Jom masuk kelas.Kita sudah lewat ni.”Tegas Fatimah pada Aisyah yang bersifat persis kanak-kanak riang.
Kehadiran Aisyah di dalam hidupnya sedikit sebanyak bisa membantunya menempuhi hidup di kampus.Mereka bergegas ke Dewan Kuliah Empat.Namun,di dalam atmanya,soalan Aisyah berputar ligat 360 darjah.
“Apa yang Aisyah cuba sampaikan padaku?” Fatimah bermonolog sendirian.

Apakah yang Aisyah maksudkan?

Siapakah jejaka itu?

Nantikan sambungannya di post yang akan datang..;)