Apa khabar sahabat-sahabat?
Khaifa halukum?
Saya mendoakan agar sahabat sihat sentiasa.Aamiin ya Rabb.
Baiklah,setelah saya berkongsi Episod Tiga di laman Facebook,ada sahabat saya yang tidak sabar untuk menantikan persoalan-persoalan yang berputar di minda mereka terjawab di Episod Empat.
InsyaAllah,moga-moga teka-teki itu akan terjawab di Episod kali ini.
Antara persoalannya,
"Mengapa Ahmad berada di KLIA?"
Ada juga sahabat yang geram dengan karakter Ahmad kerana perbuatannya terhadap Fatimah Husna suatu ketika dahulu.
Buat sahabat-sahabat yang belum membaca Episod Tiga ,sila klik link ini.
http://mujahadah-islamiah.blogspot.com/2013/02/sma-eptiga.html
Toyyib,,seperti yang sahabat -sahabat nantikan..Episod Empat S.M.A.
Semoga peroleh manfaat..
S.M.A
Episod Empat
Setibanya
di Kuala Lumpur International Airport(KLIA),Fatimah mengeluarkan semua barang
miliknya dan meletakkannya di troli.Tiba-tiba,seorang jejaka yang kelihatan
sungguh kacak dengan t-shirt putih bersama jaket hitam di bahagian luarnya
berjalan ke arahnya.
Fatimah
cuak.
“Ya
Allah,saya kenal insan ini.Dialah Ahmad Izzuddin Abdullah.Insan yang tidak ingin
kujumpa lagi di muka Bumi ini.Mengapa dia berada di sini,ya Allah?”Fatimah
bermonolog di dalam hatinya.
“Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh,ya Fatimah.Ismi Ahmad Izzudddin Abdullah.Hal
anti tazkiruni?”Ahmad memperkenalkan dirinya di dalam bahasa Arab.
PELIK.
“Waalaikumussalam
warahmatullahi wabarakatuh,ya Ahmad.Alhamdulillah,ana masih ingat anta.Anta
buat apa di sini?”Fatimah berkata sambil memandang ibunya.Dia tidak ingin
langsung memandang lelaki itu apatah lagi menatap mata dengannya.Sakit sungguh
hatinya.Peristiwa itu tidak pernah luput dari ingatannya.
“Ana
mahu hantar anti lah.Jom,kita gerak sama-sama.Assalamualaikum mak
cik.”Ahmad yang terkenal dengan sifat peramahnya memberi salam kepada ibu
Fatimah.Lantas itu,dia menolak troli Fatimah yang sarat dengan barangnya menuju
ke entrance KLIA.
“Waalaikumussalam
warahmatullahi wabaraktuh,Ahmad.Jom kita masuk,nanti lambat
kita,Fatimah.”kata ibu Fatimah.
Setibanya
di Balai Pelepasan,Ahmad berkata sesuatu kepada Fatimah.
“Fatimah,aku
harap engkau dapat maafkan aku atas kesilapan aku yang dahulu.Sejak dari
peristiwa itu,aku tekad untuk berubah,Fatimah.Alhamdulllah,aku dapat sambung Ijazah
di Universiti Sains Malaysia.Aku nak kau tahu sesuatu.”kata Ahmad.
“Alhamdulillah,tahniah
Ahmad.Apa dia?”Fatimah berasa sungguh gementar dengan perkara yang ingin Ahmad
katakan.
“Aku
akan tunggu engkau,Fatimah.Aku ingin jadikan dikau isteri aku yang pertama dan
terakhir.Engkau ada tiga tahun untuk memikirkan perkara ini,bila engkau sudah
istikharah dan membuat keputusan,tolong email aku ya.Aku akan tunggu jawapan
engkau dan aku berharap agar engkau dapat menerimaku.Aku tahu,aku tidak
sempurna seperti yang engkau inginkan tetapi,aku akan berusaha untuk menjadi
Imam yang terbaik untuk makmumku,engkaulah makmumku,insyaAllah,”Ahmad berkata
dengan nada yang penuh keinsafan.Fatimah dapat merasakan perubahannya dari
seorang jejaka yang ‘buaya darat’,kini dia ingin berubah menjadi muslim yang
baik.Alhamdulillah.
“Terima
kasih atas kata-kata itu.Aku sangat menghargainya.InsyaAllah,akan aku beritahu keputusannya
kemudian.Buat sementara waktu ini,perbanyakkanlah doa untuk kita
bersama.Moga-moga Allah merahmati perhubungan ini.Ibu,ini Ahmad.Kawan sekampus
di Dungun dahulu.”Fatimah memperkenalkan Ahmad pada ibunya.
“Oh,ini
Ahmad.Fatimah tidak pernah menyebut nama kamu tetapi mak cik dapat rasa bahawa
kamu seorang anak yang baik.Fatimah,flight kamu sudah diumumkan tu.Salam
ibu cepat,”kata ibu Fatimah.Saat ini dirasakan perit namun dia perlu melepaskan
anaknya agar dia dapat mencapai cita-citanya untuk menyambung pengajiannya di
luar Negara.
Fatimah
mencium tangan ibunya lalu bergerak menuju eskalator dan figuranya sedikit demi
sedikit hilang lenyap dari pandangan
Ahmad dan Ibunya.
7 Rejab
1437H
Hidup
di Baylon University menjadi lebih mudah dengan bantuan sahabat-sahabat yang
juga datang dari Malaysia.Pencapaian Fatimah sentiasa berada di ranking teratas.Fatimah
memang hebat di dalam pelajarannya.Namun,jauh di dalam hatinya,figura wajah dan
kata-kata seorang insan bernama Ahmad Izzuddin Abdullah sentiasa bermain di
dalam mindanya.
Tidak
lama lagi,seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan yang merupakan bulan
di mana umat islam diwajibkan berpuasa demi mendapat redha Allah s.w.t.Fatimah,seperti
kebiasaannya,dia suka meluangkan masa di Masjid yang berdekatan di
Texas.Struktur masjid yang indah ini telah menambat hati Fatimah Husna untuk
terus beribadah di masjid ini.Dia sering hadir ke masjid setengah jam lebih awal
sebelum masuk waktu solat untuk beriktikaf di masjid yang serba indah
itu.Setiap insan yang Fatimah temui,dia pasti akan mengadakan bulatan cinta
bersama mereka.Tika itu,Fatimah akan berkongsi ilmu bersama
sahabatnya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
“Sampaikanlah
daripadaku walau hanya sepotong ayat.”
Apa
gunanya ilmu di dada kita andai kita tidak sebarkannya kepada insan-insan yang
memerlukan.
7 Syaa’ban
1437H
“Assalamualaikum
ya Fatimah!”kata Alexander Moses kepada Fatimah yang sedang berlari anak-anak
ke Masjid.
Fatimah
pelik.
“Alaikum,Alexander.Wahat
are you doing at here?Are you going inside?”Fatimah bertanya kepada Alex sambil
menunjukkan jari telunjuknya ke entrance Rumah Allah yang serba
indah.
“I’m going to enter it but it is only for muslims.Can I be a muslim like you,Fatimah?”Alex berkata demikian sambil melutut di Rumah Allah.
Alhamdulillah,Ahmad sudah menyatakan hasratnya untuk menjadikan Fatimah Husna al-Fateh sebagai isterinya setelah Fatimah kembali ke Malaysia.
Namun begitu,Adakah Fatimah menerima lamarannya atau sebaliknya?
Siapakah Alexander?
Adakah Alexander berada di tempat yang istimewa di dalam hati Fatimah?
Nantikan jawapannya di Episod seterusnya..
No comments:
Post a Comment