JellyPages.com

Allah loves you very much... Cinta Allah mengatasi cinta sesiapa sahaja terhadapmu..Believe me..:)

Mari explore...

Wednesday, February 13, 2013

S.M.A Ep.3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Saya berharap agar anda semua berada di kondisi yang baik.Semoga Allah merahmati kita semua dalam setiap apa yang kita lakukan.
 Bagaimana setakat ini?
Sudah banyak saspen di dalam cerpen ini?
Baiklah pada episod Dua,kita telah mengetahui bahawa insan bernama Ahmad Izzuddin Abdullah telah menyimpan hasrat untuk menjadikan Fatimah Husna al-Fateh sebagai pemaisuri hatinya.

Ini adalah link untuk Episod Dua buat anda yang belum membacanya..

http://mujahadah-islamiah.blogspot.com/2013/02/sma-ep2.html

Namun,adakah cita-citanya akan dicapai?
Apakah yang berlaku setelah Ahmad menegur Fatimah ketika mereka berada di tempat yang jarang-jarang dilalui oleh mahasiswa dan mahasiswi?
Nantikan jawapannya di dalam Episod Tiga S.M.A.


S.M.A
Episod Tiga

“Astaghfirullah hal azim!Terkejut aku dibuatnya.Ahmad,jika ingin menegur sekalipun,ucaplah ‘Assalamualaikum’,ini tidak,main terjah sahaja.Alhamdulillah,aku tidak mempunyai penyakit lemah jantung,”

Fatimah berkata dengan tegas pada Ahmad.

“Maaf,Fatimah.Aku sedang berjalan di lorong ini.Tiba-tiba,aku terlihat engkau berjalan seperti tiada arah,jadi,aku tegurlah.Engkau buat apa di sini?” kata Ahmad.

Ahmad yang memang menyimpan perasaan terhadap Fatimah,menatap wajah Fatimah yang dilihat begitu manis sekali.Hatinya berasa tenang sekali pabila melihat insan bernama Fatimah Husna al-Fateh.Selama dia hidup di muka Bumi ni,dia telah mengenali ramai wanita,namun,Fatimah ini dirasakan begitu istimewa di dalam sanubarinya.

“Aku sahaja berjalan-jalan di sini,mengambil angin pantai ini.Maaf,Ahmad.Aku harus pergi.Tidak elok rasanya andai hanya kita berdua sahaja berada di sini.Assalamualaikum,”

Fatimah berkata demikian lalu berjalan melintasi Ahmad.Tiba-tiba,Ahmad memegang tangannya seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi.

Ahmad,maaf.TOLONG LEPASKAN TANGAN AKU.TANGAN INI HANYA LAYAK DIPEGANG OLEH INSAN YANG 'HALAL’  BAGIKU SAHAJA.SESUNGGUHNYA,MEMEGANG KHINZIR ITU LEBIH BAIK DARI MEMEGANG TANGAN  YANG HARAM DIPEGANG SEBELUM TIBA MASANYA,”

Fatimah berkata demikian sambil melepaskan tangannya dari genggaman keras Ahmad dengan menggunakan seni mempertahankan diri yang pernah dia belajar dahulu.Fatimah terus melangkah laju meninggalkan Ahmad di belakang.

“Kenapalah aku terlalu bodoh?Ahmad,dia tidak seperti wanita yang lain kau kenal!!!

Dia itu suci,Ahmad.Baginya,dia hanya ‘halal’ untuk suaminya sahaja.Ingat itu,Ahmad!”

Ahmad getus sendirian.Dia merasa tindakannya sebentar tadi merupakan tindakan yang paling bodoh yang dia pernah lakukan sepanjang dia bernafas di muka Bumi ini.

7 Jamadil Awal 1434H.

Fatimah masih teringat akan peristiwa pada hari itu.Alhamdulillah,Allah melindungi dia dari perkara yang tidak elok didengari oleh orang lain.Di dalam sujudnya,dia berdoa agar Allah terus melindunginya dari insan bernama Ahmad Izzuddin.Tindakan  Ahmad pada hari itu dirasakan terlalu biadap.Sangat biadap!
Semester Akhir semakin menemui pengakhirannya.Fatimah berdoa agar dia dapat memperoleh biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah di luar Negara.Dia ingin menyambung pengajiannya di Baylon University,Texas di dalam kos Sains Politik.Fatimah Husna telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab peperiksaan akhir semesternya.Dia yakin bahawa dia akan mendapat Dean List untuk semester ini seperti semester-semester sebelum ini.InsyaAllah.

7 Jamadil Akhir 1434H

Pada hari ini,Fatimah akan bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kula Lumpur untuk mencapai impian untuk belajar di Baylon University.Alhamdulillah,dia berasa sungguh bersyukur dengan nikmat kurniaan ini.

“Fatimah,semua kelengkapan sudah cukup?Beg pakaian,alat solat,dan lain-lain?”soal ibu Fatimah Husna al-Fateh.

Ibu Fatimah yang sangat menyokong impian Fatimah untuk menyambung pengajiannya di luar Negara,begitu sibuk urusannya pada hari ini.Dia ingin memastikan Fatimah tidak meninggalkan sedikit pun barang-barang yang penting.

“Alhamdulillah,ibu.Semuanya sudah lengkap.Jom kita gerak sekarang.”kata Fatimah.

Kereta Chevrolet ZR1 yang dipandu Fatimah bergerak laju meninggalkan perkarangan rumahnya.Sewaktu Fatimah memandu kenderaanya,di dalam mindanya tertanya-tanya tentang kondisi seorang jejaka bernama Ahmad Izzuddin.Fatimah hanya berharap agar dia baik-baik sahaja.Hajat Fatimah meninggalkan Malaysia ini adalah kerana tidak mahu berjumpa dengan insan bernama Ahmad Izzuddin Abdullah itu lagi.Baginya,peristiwa pada 7 Rabiul Awal itu cukup mengguris hatinya.Fatimah berharap agar nama Ahmad tidak lagi tercatat di dalam kamus hidupnya.Dia berdoa kepada Allah agar membantunya melupakan figura insan itu.Namun,dia tidak pernah berjaya untuk melupakan jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah.Hanya Allah yang tahu sebabnya.
     
      Setibanya di Kuala Lumpur International Airport(KLIA),Fatimah mengeluarkan semua barang miliknya dan meletakkannya di troli.Tiba-tiba,seorang jejaka yang kelihatan sungguh kacak dengan t-shirt putih dan jaket hitam di bahagian luarnya berjalan ke arahnya.


Fatimah cuak.

“Ya Allah,saya kenal insan ini.Dialah Ahmad Izzuddin Abdullah.Insan yang tidak ingin kujumpa lagi di muka Bumi ini.Mengapa dia berada di sini,ya Allah?”Fatimah bermonolog di dalam hatinya.

Sungguh teguh hati Fatimah dalam menjaga maruah dirinya.Dia tidak akan sekali-kali membiarkan anggota badannya disentuh oleh insan yang belum 'halal' buatnya.Namun,pada zaman globalisasi ini,wanita dilihat semakin merelakan diri mereka diperlakukan sebegitu.Andai iman sudah terhakis,pelbagai perkara boleh berlaku.Oleh itu,marilah kita sentiasa online dengan Allah dan offline dengan Syaitan laknatullah.

Fatimah telah berjaya mencapai cita-citanya dalam pelajaran.
Namun,adakah benar insan yang dilihatnya itu adalah jejaka yang dia tidak ingin jumpa lagi di muka Bumi Allah ini?
Jika benar,mengapa dia ke KLIA?
Adakah dia ingin menyampaikan amanat buat Fatimah?

Nantikan jawapannya di Episod Empat S.M.A.

Sebelum menutup bicara untuk episod Tiga,suka  saya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua apa yang Allah pesan di dalam kitabNya,

"Ya Tuhan Kami ,anugerahkan kami,pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami,dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"

Surah al-Furqan ,ayat 74.
Amalkanlah doa ini sentiasa.Moga Allah kurniakan kita pasangan yang soleh dan solehah.insyaAllah.

Nantikan sambungannya di dalam Episod Empat! :)








No comments:

Post a Comment