JellyPages.com

Allah loves you very much... Cinta Allah mengatasi cinta sesiapa sahaja terhadapmu..Believe me..:)

Mari explore...

Wednesday, February 13, 2013

S.M.A Ep.3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Saya berharap agar anda semua berada di kondisi yang baik.Semoga Allah merahmati kita semua dalam setiap apa yang kita lakukan.
 Bagaimana setakat ini?
Sudah banyak saspen di dalam cerpen ini?
Baiklah pada episod Dua,kita telah mengetahui bahawa insan bernama Ahmad Izzuddin Abdullah telah menyimpan hasrat untuk menjadikan Fatimah Husna al-Fateh sebagai pemaisuri hatinya.

Ini adalah link untuk Episod Dua buat anda yang belum membacanya..

http://mujahadah-islamiah.blogspot.com/2013/02/sma-ep2.html

Namun,adakah cita-citanya akan dicapai?
Apakah yang berlaku setelah Ahmad menegur Fatimah ketika mereka berada di tempat yang jarang-jarang dilalui oleh mahasiswa dan mahasiswi?
Nantikan jawapannya di dalam Episod Tiga S.M.A.


S.M.A
Episod Tiga

“Astaghfirullah hal azim!Terkejut aku dibuatnya.Ahmad,jika ingin menegur sekalipun,ucaplah ‘Assalamualaikum’,ini tidak,main terjah sahaja.Alhamdulillah,aku tidak mempunyai penyakit lemah jantung,”

Fatimah berkata dengan tegas pada Ahmad.

“Maaf,Fatimah.Aku sedang berjalan di lorong ini.Tiba-tiba,aku terlihat engkau berjalan seperti tiada arah,jadi,aku tegurlah.Engkau buat apa di sini?” kata Ahmad.

Ahmad yang memang menyimpan perasaan terhadap Fatimah,menatap wajah Fatimah yang dilihat begitu manis sekali.Hatinya berasa tenang sekali pabila melihat insan bernama Fatimah Husna al-Fateh.Selama dia hidup di muka Bumi ni,dia telah mengenali ramai wanita,namun,Fatimah ini dirasakan begitu istimewa di dalam sanubarinya.

“Aku sahaja berjalan-jalan di sini,mengambil angin pantai ini.Maaf,Ahmad.Aku harus pergi.Tidak elok rasanya andai hanya kita berdua sahaja berada di sini.Assalamualaikum,”

Fatimah berkata demikian lalu berjalan melintasi Ahmad.Tiba-tiba,Ahmad memegang tangannya seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi.

Ahmad,maaf.TOLONG LEPASKAN TANGAN AKU.TANGAN INI HANYA LAYAK DIPEGANG OLEH INSAN YANG 'HALAL’  BAGIKU SAHAJA.SESUNGGUHNYA,MEMEGANG KHINZIR ITU LEBIH BAIK DARI MEMEGANG TANGAN  YANG HARAM DIPEGANG SEBELUM TIBA MASANYA,”

Fatimah berkata demikian sambil melepaskan tangannya dari genggaman keras Ahmad dengan menggunakan seni mempertahankan diri yang pernah dia belajar dahulu.Fatimah terus melangkah laju meninggalkan Ahmad di belakang.

“Kenapalah aku terlalu bodoh?Ahmad,dia tidak seperti wanita yang lain kau kenal!!!

Dia itu suci,Ahmad.Baginya,dia hanya ‘halal’ untuk suaminya sahaja.Ingat itu,Ahmad!”

Ahmad getus sendirian.Dia merasa tindakannya sebentar tadi merupakan tindakan yang paling bodoh yang dia pernah lakukan sepanjang dia bernafas di muka Bumi ini.

7 Jamadil Awal 1434H.

Fatimah masih teringat akan peristiwa pada hari itu.Alhamdulillah,Allah melindungi dia dari perkara yang tidak elok didengari oleh orang lain.Di dalam sujudnya,dia berdoa agar Allah terus melindunginya dari insan bernama Ahmad Izzuddin.Tindakan  Ahmad pada hari itu dirasakan terlalu biadap.Sangat biadap!
Semester Akhir semakin menemui pengakhirannya.Fatimah berdoa agar dia dapat memperoleh biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah di luar Negara.Dia ingin menyambung pengajiannya di Baylon University,Texas di dalam kos Sains Politik.Fatimah Husna telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab peperiksaan akhir semesternya.Dia yakin bahawa dia akan mendapat Dean List untuk semester ini seperti semester-semester sebelum ini.InsyaAllah.

7 Jamadil Akhir 1434H

Pada hari ini,Fatimah akan bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kula Lumpur untuk mencapai impian untuk belajar di Baylon University.Alhamdulillah,dia berasa sungguh bersyukur dengan nikmat kurniaan ini.

“Fatimah,semua kelengkapan sudah cukup?Beg pakaian,alat solat,dan lain-lain?”soal ibu Fatimah Husna al-Fateh.

Ibu Fatimah yang sangat menyokong impian Fatimah untuk menyambung pengajiannya di luar Negara,begitu sibuk urusannya pada hari ini.Dia ingin memastikan Fatimah tidak meninggalkan sedikit pun barang-barang yang penting.

“Alhamdulillah,ibu.Semuanya sudah lengkap.Jom kita gerak sekarang.”kata Fatimah.

Kereta Chevrolet ZR1 yang dipandu Fatimah bergerak laju meninggalkan perkarangan rumahnya.Sewaktu Fatimah memandu kenderaanya,di dalam mindanya tertanya-tanya tentang kondisi seorang jejaka bernama Ahmad Izzuddin.Fatimah hanya berharap agar dia baik-baik sahaja.Hajat Fatimah meninggalkan Malaysia ini adalah kerana tidak mahu berjumpa dengan insan bernama Ahmad Izzuddin Abdullah itu lagi.Baginya,peristiwa pada 7 Rabiul Awal itu cukup mengguris hatinya.Fatimah berharap agar nama Ahmad tidak lagi tercatat di dalam kamus hidupnya.Dia berdoa kepada Allah agar membantunya melupakan figura insan itu.Namun,dia tidak pernah berjaya untuk melupakan jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah.Hanya Allah yang tahu sebabnya.
     
      Setibanya di Kuala Lumpur International Airport(KLIA),Fatimah mengeluarkan semua barang miliknya dan meletakkannya di troli.Tiba-tiba,seorang jejaka yang kelihatan sungguh kacak dengan t-shirt putih dan jaket hitam di bahagian luarnya berjalan ke arahnya.


Fatimah cuak.

“Ya Allah,saya kenal insan ini.Dialah Ahmad Izzuddin Abdullah.Insan yang tidak ingin kujumpa lagi di muka Bumi ini.Mengapa dia berada di sini,ya Allah?”Fatimah bermonolog di dalam hatinya.

Sungguh teguh hati Fatimah dalam menjaga maruah dirinya.Dia tidak akan sekali-kali membiarkan anggota badannya disentuh oleh insan yang belum 'halal' buatnya.Namun,pada zaman globalisasi ini,wanita dilihat semakin merelakan diri mereka diperlakukan sebegitu.Andai iman sudah terhakis,pelbagai perkara boleh berlaku.Oleh itu,marilah kita sentiasa online dengan Allah dan offline dengan Syaitan laknatullah.

Fatimah telah berjaya mencapai cita-citanya dalam pelajaran.
Namun,adakah benar insan yang dilihatnya itu adalah jejaka yang dia tidak ingin jumpa lagi di muka Bumi Allah ini?
Jika benar,mengapa dia ke KLIA?
Adakah dia ingin menyampaikan amanat buat Fatimah?

Nantikan jawapannya di Episod Empat S.M.A.

Sebelum menutup bicara untuk episod Tiga,suka  saya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua apa yang Allah pesan di dalam kitabNya,

"Ya Tuhan Kami ,anugerahkan kami,pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami,dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"

Surah al-Furqan ,ayat 74.
Amalkanlah doa ini sentiasa.Moga Allah kurniakan kita pasangan yang soleh dan solehah.insyaAllah.

Nantikan sambungannya di dalam Episod Empat! :)








Tuesday, February 12, 2013

S.M.A. Ep.2


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ini adalah sambungan cerpen S.M.A.
Pada post sebelum ini,kita mendapati Fatimah Husna telah dilanggar oleh seorang jejaka yang tidak diketahui identitinya.Namun,Aisyah,sahabat baiknya seolah-olah menyimpan sesuatu perkara dari pengetahuan Fatimah.
Siapakah jejaka yang melanggar Fatimah?Nantikan jawapannya di post kali ini.Selamat membaca.






Namun,sebelum itu,andai anda belum membaca episod Satu cerpen ini. Jari anda dipersilakan untuk klik link ini yup..Moga peroleh manfaat..


S.M.A
Episod Dua.

7 Rabiul Awal 1433H
   Fatimah Husna telah berjaya menyiapkan tugasannya pada hari ini.Sesungguhnya,dia berasa sangat bersyukur kerana tugasannya telah berjaya dia siapkan di perpustakaan kampusnya.

“Alhamdulillah,siap juga engkau ya,wahai kerja kursus.” 
Fatimah bermonolog sendirian sambil mengukir senyuman di bibir.

Kelihatan dari jauh,jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah menatap wajah wanita yang istimewa itu.Selama 21 tahun dia bernafas di muka Bumi,tidak pernah dia rasakan damai yang sebegini seperti saat itu.Namun,dia masih belum bersedia untuk menyatakan hasratnya pada Fatimah Husna.Ahmad berniat untuk melamarnya pabila mereka menamatkan diploma pada semester ini.

 
"Sabar,ya Ahmad.InsyaAllah,andai Fatimahlah orangnya,yang bisa menemani hidupku,yang bisa berada di sisiku dalam meneruskan perjuanganku,saya bersyukur sangat-sangat,
ya Allah.Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Saatnya pasti akan tiba.Allah sudah pesan di dalam Surah An-Nur,ayat 26,


“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Kalau saya mahu dapat srikandi yang baik,saya mesti menjadi baik dahulu.Bantulah hambaMu,ya Allah.Saya ingin Fatimah menjadi permaisuri hati saya suatu hari nanti.Aamiin.”

Fatimah yang sedang leka menyelak  helaian kerja kursusnya sehelai demi sehelai muka surat,tidak menyedari dirinya sedang dilihat oleh jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah,seorang lelaki yang kacak dan memegang jawatan yang tinggi di kampusnya.Hampir setiap wanita di kampusnya pernah menyukai jejaka ini.Di hadapan mesin cetak,Fatimah bermonolog sendirian,

“Alhamdulillah,kerja kursus sudah siap dan hanya tinggal untuk dihantar  pada Madam Maziyah sahaja.”

Fatimah bingkas bangun dari tempat duduknya dan mengemas alat tulisnya.Setelah itu,dia bergerak meninggalkan perpustakaan dan menuju ke bilik pensyarahnya.

7 Rabiul Akhir 1433H.
Kemanisan selawat semakin kuat dirasakan di dalam sanubari insan bernama Fatimah Husna al-Fateh.Sesungguhnya,apabila kita berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Allah juga akan mendoakan untuk kita .Oleh itu,marilah kita sentiasa berselawat untuk mendapat layanan istimewa daripada Allah.Allah yang Maha Pengasih akan mendoakan untuk kita!Sungguh Hebat Allah subhanahu wataala.
    
     Fatimah berjalan seorang diri melalui lorong yang agak jarang dilalui oleh mahasiswa dan mahasiswi UiTM Dungun.Hal ini kerana,pada hari ini,dia berasa sangat tertekan dengan kehadiran insan bernama Ahmad Izzuddin.Sejak kebelakangan ini,dia merasa tidak selesa apabila berselisih dengannya atau apabila bertentang mata dengannya.

“Ya Allah,bantulah hambaMu,ya Allah.Saya tidak ingin melakukan zina.Andai Ahmad Izzuddin Abdullah itu adalah jodohku,maka Allah satukanlah kami dengan lafaz nikah yang suci pada suatu masa nanti.Andai dia bukan orangnya,bantulah hambaMu ini untuk melupakan jejaka ini.Saya tidak ingin merindui atau teringat-ingat kepada jejaka yang belum tentu menjadi milikku.Kabulkanlah permintaanku,ya Allah.”

Fatimah bermonolog dengan Tuhannya,Allah yang Maha Esa.Hanya Allah yang memahami hatinya dan Allah yang memegang hati insan bernama Ahmad Izzuddin.Oleh itu,hanya kepada Allah lah tempat dia  merintih pertolongan.Fatimah memang begitu.Segala-galanya dia sandarkan pada Allah kerana dia tahu setiap perkara yang berlaku di dunia ini adalah atas kehendakNya.Kepada siapa lagi yang patut kita sandarkan selain pada Allah,tuhan yang Maha Menyintai kita?

“Fatimah!Engkau buat apa di sini?Mengapa engkau berjalan keseorangan di sini?”

Ahmad Izzuddin yang muncul entah dari mana arahnya menegur Fatimah yang sedang berbicara dengan Allah,Yang Maha Mendengar segala rintihan hambaNya.

APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS AHMAD MENEGUR FATIMAH?

BENARKAH FATIMAH YANG AKAN MENJADI PEMAISURI HATI 
AHMAD IZZUDDIN?

Nantikan jawapannya di post yang akan datang..
Semoga Allah memberkati kalian semua.aamiin.

Sunday, February 10, 2013

S.M.A


    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..sahabat sekalian2..
Sudah lama diri ini menyepi dek tugasan dan tanggungjawab di tempat pengajian.Kali ini,cuti telah kembali dan masa untuk mengupdate blog telah tiba.Buat post kali ini,saya ingin menyajikan anda dengan sebuah cerpen hasil karangan saya.Alhamdulillah,cerpen ini dapat disiapkan dalam masa tiga hari.
     Semoga dengan penghasilan cerpen ini,para pembaca dapat memperoleh input yang sebanyak-banyaknya.Apa genre cerpen ini?Anda baca dan anda akan tahu.Oleh itu,terimalah cerpen bejudul S.M.A.Kenapa S.M.A?Anda akan tahu di penghujung cerpen ini.Sebarang komentar amat digalakkan..

    S.M.A

    Fatimah Husna binti Al-Fateh,nama yang indah semanis wajah pemiliknya.Inilah nama seorang gadis yang tersenarai di antara pelajar cemerlang Universiti Teknologi Mara,Dungun,Terengganu.Keperibadiannya sangat dikagumi ramai orang dek ketegasannya apabila berbicara berkaitan pelbagai perkara terutamanya bidang agama.Kalam Allah dan hadith menjadi rujukannya.Bibirnya sentiasa dibasahi dengan zikir hariannya.
     Perwatakannya tegas namun tetap istimewa di mata seorang insan yang dari jauh sentiasa mendamba agar Fatimah bisa menjadi Permaisuri hatinya suatu hari nanti.Namun,di sebalik kehebatan insan ini,dia menyimpan sebuah kisah silam yang tidak mahu diungkitnya sampai bila-bila.Jika boleh,dia ingin lari jauh-jauh dari kisahnya itu.Baginya,kisah itu cukup pedih dan menusuk atmanya ibarat keris yang tajam menembusi kalbunya.Kisah silam antara dia dan jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah benar-benar menguji kesabarannya.Inilah kisah insan yang bernama Fatimah Husna Al-Fateh.
7 Safar1433H
“Ya Allah,sampai bila masanya aku dapat menyiapkan kerja kursus ini?Sudah pelbagai buku kuselak,namun,saya masih belum menjumpai solusi bagi jawapan ini.Bantulah hambaMu,Ya Allah.”
Fatimah Husna berdoa kepada Allah.Tuhan,tempat dia mengadu segala masalah.Baginya,tiada yang lebih indah selain menceritakan masalah hariannya kepada Allah.Hal ini kerana,Allah yang memberinya ujian tersebut dan kepadaNyalah Fatimah bergantung.Dia juga sering menasihati sahabatnya perihal agama.
Pesanannya yang lekat di minda ramai orang yang ditemuinya adalah sepotong ayat Al-Quran dari Surah At-Taubah(ayat 41) yang membawa maksud,

‘Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan atau berat dan berjihadlah dengan hartamu dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikian  itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui’

Ramai orang yang senang berurusan dengannya namun ada juga yang memandang enteng terhadap insan ini.Hakikatnya,dia sedar insan yang ingin membawa kebenaran memang sering dipandang enteng.Baginya,cukuplah dia cantik di pandangan Allah dan dia tidak gentar andai ramai yang membencinya.Namun,majoritinya gemar mendengar nasihatnya yang sering diselit bersama kisah yang bermanfaat.
      Pagi itu,Matahari tegak memancarkan sinarnya ke seluruh alam.Sungguh,Allah telah cipta alam ini dengan sungguh indah sekali,siapalah kita sebagai hambaNya yang dhaif lagi hina untuk tidak mensyukuri setiap nikmat yang Allah telah ciptakan.Allah telah berfirman di dalam Surah Ar-Rahman dan telah mengulang pesanan ini sebanyak 31 kali di dalam surah ini.

“Maka nikmat TuhanMu yang mana yang kamu dustakan?”

Fatimah Husna berjalan lemah menuju ke kelasnya di Dewan Kuliah Empat sambil mendengus sendirian.
“Ya Allah panasnya cuaca hari ini.Kuatkan hati ini,yaAllah.Tinggal beberapa tapak sahaja lagi,ya Rahman..

 “Wahai api,jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Nabi Ibrahim”

Potongan ayat 69 dari Surah Al-Anbiya’a diulang beberapa kali sehingga dia sudah merasa keajaiban potongan ayat itu.
“Alhamdulillah,saya sudah selamat sampai ke Dewan Kuliah.Lega rasanya,ya Allah.”
Fatimah Husna bermonolog sendirian.Tiba-tiba,kedengaran sayup-sayup namanya dipanggil dari jauh.Dia menoleh ke belakang.DUSH!
Seorang jejaka melanggar bahunya dan berjalan melintasinya tanpa berkata apa-apa.Getus Fatimah di hatinya.
“Ya Allah,sekurang-kurangnya katalah maaf ke,I’m sorry ke.Ini tidak,dia main lalu sahaja.Ya Allah,berilah hidayah kepada pemuda itu.Aamiin..”
Namanya kedengaran lagi.Namun,kali ini,bunyinya lebih jelas sekali.
“FATIMAH!Anti tahu tidak enti dilanggar siapa sebentar tadi?”kata Aisyah dengan suara yang beria-ria.
Dia tidak mengerti sedikit pun apa yang Aisyah cuba sampaikan.
“Aisyah cakap apa ini?Jom masuk kelas.Kita sudah lewat ni.”Tegas Fatimah pada Aisyah yang bersifat persis kanak-kanak riang.
Kehadiran Aisyah di dalam hidupnya sedikit sebanyak bisa membantunya menempuhi hidup di kampus.Mereka bergegas ke Dewan Kuliah Empat.Namun,di dalam atmanya,soalan Aisyah berputar ligat 360 darjah.
“Apa yang Aisyah cuba sampaikan padaku?” Fatimah bermonolog sendirian.

Apakah yang Aisyah maksudkan?

Siapakah jejaka itu?

Nantikan sambungannya di post yang akan datang..;)

Monday, December 10, 2012

My SecRET CruSH..


Assalamualaikum w.b.t..
sudah lama saya tidak mengupdate blog saya ini.Sudah berhabuk agaknya.

Setelah sekian lama saya memikirkan tajuk yang sesuai untuk post yang baru.Fikir punya fikir,saya sudah mendapat idea daripada tajuk speaking test di kelas BEL260.

Namun,sudah pasti,saya  akan membicarakan tentang tajuk ini dari perspektif yang lain.

SUDAH BERSEDIA?

MARI KITA MULAKAN PEMBACAAN KITA..
Kisahnya begini....

Sudah menjadi lumrah,setiap insan di dunia ini pasti memiliki rasa untuk meminati seseorang atau menjadikan seseorang itu sebagai idola mereka.

Perkara ini normal.

Selalunya,perkataan crush ini sering dikaitkan dengan seseorang lelaki meminati seseorang wanita atau vice versa.

Apabila anda membaca post ini sudah tentu anda akan teringat kepada crush anda suatu ketika dahulu atau anda sendiri memiliki crush terhadap seseorang.

Di sini,saya ingin berkongsi tentang ‘My secret crush’.

Ya,saya tidak pernah lagi memberitahu crush saya kepada sesiapa.

Oleh itu,anda tergolong di dalam golongan yang beruntung kerana menjadi salah seorang insan yang tahu tentang kisah crush saya.

Dia seorang yang sangat saya kagumi.Saya mula mengenalinya pada umur seawal lima tahun.Ummi dan abah saya sering kali menyebut namanya pada ketika itu,tetapi,saya hanya mengendahkannya kerana saya masih muda ketika itu.Sewaktu di tadika juga,ustazah saya sering menyebut namanya dan menceritakan tentang dirinya.

Setelah melangkahkan kaki ke  alam sekolah rendah,saya masih lagi mendengar namanya.Saya semakin tertanya-tanya,sebenarnya,apakah perkara yang terlalu istimewa tentang jejaka ini.Namun,saya masih tidak mengambil endah terhadap crush saya ini.Bagi saya,umur saya masih muda pada ketika itu.Saya tahu bahawa insan ini istimewa bagi saya,sangat istimewa.Tidak mengapa,andai ada masa nanti,saya akan menjejaki jejaka istimewa ini.

Ketika umur saya di belasan tahun,saya mula mengenali jejaka istimewa ini.Sesungguhnya,saya sangat mengagumi insan ini.Dialah insan yang sanggup berkorban untuk saya demi ingin melihat saya terus mengucapkan kalimah shahadah.Dialah yang menaikkan darjat saya sebagai seorang muslimah.Dialah yang telah menanggung kecederaan yang parah ketika peperangan demi ingin menyebarkan syiar Islam.
Dialah yang mengingati saya ketika sakaratul mautnya.

Bibirnya berterusan menyebut,

‘UMMATI,UMMATI,UMMATI!’

Betapa sayangnya dia kepada saya.Kini,saya sedar bahawa crush saya bukanlah insan yang biasa-biasa,akan tetapi,

DIALAH INSAN YANG LUAR BIASA!

Dialah insan yang dikagumi setiap insan di dunia ini.Namanya termaktub di dalam buku,

‘100 orang Paling Berpengaruh di dunia’.

Crush saya menduduki tempat pertama!HebatNya!
Saya sangat-sangat berbangga dengan crush saya.
Saya akan menjadikan Baginda sebagai idola saya,saya harap anda begitu juga.

Berbekalkan kekuatan daripada Allah s.w.t,insyaAllah,saya akan terus berjihad dalam menyebarkan dakwah Baginda sehingga ke titisan darah saya yang terakhir.Saya berharap agar pabila tibanya Hari Kebangkitan nanti,saya akan menjadi salah seorang umat yang Baginda beri syafaat.

Aamiin,Aamiin,Aamiin.

KETAHUILAH BAHAWA CRUSH SAYA BERNAMA,MUHAMMAD BIN ABDULLAH.

Tuesday, October 30, 2012

Ya,aku Rapuh..TUBNA,ya Tuhanku..

Rapuh Opick



Detik waktu terus berjalan
 berhias gelap dan terang 
suka dan duka tangis dan tawa 
tergores bagai lukisan 

Seribu mimpi berjuta sepi 
hadir bagai teman sejati
 di antara lelahnya jiwa 
dalam resah dan air mata
 kupersembahkan kepadaMu 
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah 
kadang tak setia kepadaMu
 namun cinta dalam jiwa 
hanyalah padaMu 

Maafkanlah bila hati 
tak sempurna mencintaiMu 
dalam dadaku ku harap 
hanya diriMu yang bertahta 

 Detik waktu terus berlalu semua berakhir padaMu.. 

Lagu Rapuh ini apabila kita amati liriknya satu persatu,sangat mendalam maksudnya.Setiap bait lagu ini menggambarkan tentang perjalanan seseorang individu dalam menempuhi hidup yang penuh pancaroba ini.Pada awalnya,ada insan yang menyangka lagu ini ditujukan buat kekasih seseorang,sedangkan jika kita teliti kembali lirik lagu ini,sebenarnya,lagu ini ditujukan khas buat ALLAH s.w.t.Tuhan kita. Ya.HIDUP INI PENUH PANCAROBA.TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENAFIKAN PERKARA ITU.Lagu ini menceritakan tentang seorang insan yang merasa bersalah terhadap kekasihnya.Dia berasa dia telah melakukan kesalahan yang besar terhadap kekasihnya.Mari kita teliti setiap rangkap di dalam lagu ini.

  “Detik waktu terus berjalan
 berhias gelap dan terang 
suka dan duka tangis dan tawa 
tergores bagai lukisan”

 Rangkap di dalam lagu ini menceritakan tentang setiap detik waktu terus berjalan dan tidak akan berhenti.Tambahan,di sepanjang perjalanan itu,kita akan menghadapi suka dan duka kehidupan.
 
Benar bukan?

 Di dalam hidup ini kita akan ditempuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan.Namun,ketahuilah bahawa setiap dugaan yang Allah berikan terhadap kita adalah tanda CINTANYA ALLAH KEPADA KITA.

  “Seribu mimpi berjuta sepi 
hadir bagai teman sejati 
di antara lelahnya jiwa 
dalam resah dan air mata 
kupersembahkan kepadaMu 
yang terindah dalam hidup”

Di dalam rangkap lagu ini, ia menceritakan tentang kekasih kita hadir sebagai teman sejati kita.Di kala kita gembira,sedih,duka,dan pabila ditempuh aneka cabaran,,kepada Dia lah tempat kita mengadu,kepada Dial ah kita menangis meminta bantuan.Hanya Allah yang sentiasa berada di sisi kita.


  NAMUN,MENGAPA INSAN DI DUNIA KINI LEBIH MENGUTAMAKAN UNTUK MENGADU KEPADA MANUSIA,LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER???
 Persoalannya di sini,SIAPA YANG MENGHIDUPKANMU? 

SIAPA YANG MEMBERI KEBAHAGIAAN KEPADAMU? 

SIAPA YANG MENDENGAR RINTIHANMU DI KALA DUKA DAN SUKA? 

SIAPA YANG MEMAKBULKAN DOAMU? 
SIAPA? 

SIAPA?

 SIAPA???

  ALLAH,Sahabat.Hanya ALLAH yang berkuasa melakukan semua perkara yang dinyatakan itu.
 Oleh itu,apabila kita dikurniakan dengan anugerah atau dugaaan,bersyukurlah kepada Allah kerana telah memberikan kita kurniaan dan dugaan tersebut.Ingatlah bahawa Allah sangat-sangat mencintai kita dan tertunggu-tunggu kapan masanya hambanya ingin mengadu padanya.Allah sangat merindui kita sahabat.SANGAT-SANGAT.

NAMUN,,ADAKAH KITA MERINDUINYA? TEPUK DADA,TANYA IMANMU SAHABAT.

“Meski ku rapuh dalam langkah 
kadang tak setia kepadaMu
 namun cinta dalam jiwa
 hanyalah padaMu” 

Walau kita terkadang tersadung di pertengahan jalan,ingat lah Allah sentiasa. YA,KITA AKUI BAHAWA KITA KADANG-KADANG LEKA DENGAN DUNIAWI HINGGA LUPA BAHAWA KITA AKAN KEMBALI PADANYA SUATU HARI NANTI. Adakalanya,kita tidak setia kepadaNya.Namun,sahabat-sahabat sekalian,tetapkan lah di dalam hatimu bahawa cinta di dalam hati kita untuk Allah berada di tempat yang paling tinggi di dalam hati kita.Apabila Allah berada di tempat yang kukuh di dalam hatimu,usah dikau gusar akan dugaan yang menimpamu kerana engkau sedar bahawa ujian itu adalah suatu tarbiah daripadaNya dan tanda CINTANYA ALLAH KEPADA KITA.

                                                                      “Maafkanlah bila hati tak sempurna 
mencintaiMu dalam dada
ku harap hanya diriMu yang bertahta 

 Detik waktu terus berlalu semua berakhir padaMu..”

Di rangkap ini diceritakan bagaimana seorang hamba memohon keampunan kepada Tuhannya.Kita akui bahawa Allah sentiasa mencintai kita.Namun,bagaimana cinta kita terhadap Allah? Dunia ini penuh pancaroba.Budaya kuning juga turut menular dengan pantas umpama virus di dalam computer.Setelah apa yang kita lalui di dunia ini,kita harus sedar bahawa cinta yang kita miliki kini harus dicurahkan kepada siapa.Setiap insan harus berharap agar di kalbu kita,hanya Allah yang bertakhta.HANYA ALLAH.HANYA ALLAH,sahabat.. Dan akhirnya,kita akan kembali kepadanya.Dari Allah kita datang,kepadaNya kita kembali.Semoga pengakhiran kita adalah sebaik-baik pengakhiran.

  ‘Ya Allah terimalah cinta kami.Kami sedar kami hambamu yang hina.Hanya Allah yang Maha Sempurna. Ya Allah,Ya Rahim..Cintailah kami sebaiknya agar kami dapat bertemu denganmu dalam keadaan yang baik.Semoga wajah kami ini dapat menjadi yang paling cantikdi hadapanmu. Walaupun wajah ini hina di pandangan manusia,kami harap wajah ini cantik di pandanganmu” Aaamiin..Ya Rabbal a’alamiin..

Thursday, October 18, 2012

Salahkah aku jatuh cinta???

Cinta.
Satu perkataan yang bisa membuatkan seseorang insan terbayangkan tentang cinta yang mereka ingin rasakan.Setiap insan mengidamkan ciri-ciri pasangan yang berbeza.Cuba anda bayangkan sekiranya seluruh wanita di dunia ingin memiliki seorang suami yang kacak,bergaya,kaya,dan lain-lain.Sedangkan tidak semua lelaki di dunia ini mempunyai ciri seperti yang dinyatakan tadi.

Jatuh cinta.
Setiap hamba Allah,Allah telah letakkan perasaan untuk jatuh cinta ini ke dalam setiap sanubari manusia.Oleh itu,tidak hairanlah sekiranya setiap insan pernah mengalami insiden untuk jatuh cinta kepada seseorang. Saya telah hidup lebih dari sepuluh tahun di dunia ini.Oleh itu,saya telah mengenali pelbagai jenis orang.Adakalanya,orang itu pernah jatuh cinta sekali,adakalanya juga berkali-kali.Namun,jangan terkejut,kerana adakalanya,ada orang yang tidak pernah jatuh cinta.MasyaAllah,hebatnya kuasa Allah yang mampu menciptakan pelbagai jenis insan di dunia ini.Oleh itu,anda sedang membaca artikel ini,bersyukurlah kerana Allah telah pilih anda untuk membaca artikel ini.


TAHNIAH!

Allah sayangkan anda dan Allah tidak ingin anda hanyut dalam cinta duniawi yang tidak membawa apa-apa manfaat.Namun,ketahuilah sahabat-sahabat pembaca,cinta yang kita kejar di dunia ini adalah cinta ukhrawi.Tidak semestinya cinta itu hanya terhad cinta kepada Allah sahaja.Cinta kepada manusia juga bisa dijadikan cinta ukhrawi.Pada erti kata lain,kita menyintai seseorang hanya kerana Allah. Di sini,saya ingin berkongsi pendapat saya tentang suatu perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita.Perkara ini selalunya berlaku di kalangan remaja atau bahasa lainya,belia.

Dapatkah pembaca menjangka apakah perkara yang ingin saya kongsi pada pengisian kali ini?Anak-anak muda kini lebih gemar memanggilnya dengan menggunakan bahasa Inggeris.Perkataan ini bermula dengan huruf’C’ dan berakhir dengan huruf ‘E’.Sudah dapat mengagaknya?

BAGUS!

Simpan baik-baik di dalam kotak ingatan.Baiklah,mari kita mulakan perbincangan kita memandangkan anda sudah mengerti perkara yang ingin sampaikan.Saya sudah bersahabat dengan ramai orang sejak melangkah kaki ke sekolah rendah,seterusnya,sekolah menengah dan kini di Universiti.Oleh itu,walaupun saya tidak pernah melibatkan diri dalam insiden ini,namun,setelah mendengar dan memahami masalah yang sahabat saya alami setelah menempatkan diri dalam masalah ini,saya juga tidak ingin menikmati masalah yang sama. Seterusnya,memang diakui apabila anda terlibat dalam insiden ini,anda akan merasa seperti andalah insan yang paling gembira di dunia ini.Namun,sedarilah bahawa,perkara yang anda lakukan itu adalah salah di sisi agama islam.

Allah telah menegaskan di dalam Surat CintaNya bahawa kita perlu menjauhi zina.

Tambahan,insiden yang saya maksudkan ini adalah tidak asing lagi akan menyebabkan anak-anak muda kini terlibat dengan kancah penzinaan.Kononnya mereka berkata bahawa mereka akan hidup bahagia selamanya.Terutamanya kaum lelaki ,yang menjanjikan jutaan janji manis,wanita yang berhati lembut ini akan tergoda dan terus menetapkan di dalam hati mereka bahawa itulah jejaka yang akan memimpin mereka ke syurga Allah.

BETULKAH PERKARA YANG SAYA CAKAPKAN INI?

Kalau saya salah,tolong betulkan tutur kata saya.Namun,saya tidak nafikan,ada juga di kalangan lelaki yang tahu akan tanggungjawab mereka setelah melakukan sesuatu kesalahan tetapi bilangannya boleh dikira dengan jari sahaja.

Imam Hassan al-Banna pernah berpesan,
 ‘Kalau kamu berpasangan atau berkawan dengan pasangan kamu,selama 20 tahun sekalipun,kamu tidak akan mengenali nya,yang kamu kenal adalah lakonannya,’ 

ADAKAH ANDA SETUJU DENGAN PENDAPAT IMAM HASSAN AL-BANNA SAUDARA DAN SAUDARI PEMBACA SEKALIAN?

Jawablah di ruang komen di bawah.Saya yakin bahawa majorirti di antara kita akan setuju dengan pesanan Imam Hassan.Kalau tidak setuju,saya mohon kerjasama pembaca untuk berikan alasan dan komen,saya sudi membacanya. Dunia ini penuh dengan pancaroba.Kebanyakan kaum wanita sering menjadi mangsa keadaan apabila tertipu dengan janji manis seseorang lelaki.TID AK BOLEH TERIMA PERNYATAAN SAYA?Pelbagai insiden telah berlaku wahai sahabat-sahabat wanita.Anak yang dikandung menjadi mangsa yang paling tragis.Dibuang di merata tempat,di tong sampah,di dalam sungai,bahkan ada juga yang mencuba untuk mengepam bayi yang suci itu di dalam lubang jamban.
APAKAH SALAH YANG TELAH MEREKA LAKUKAN?
Disebabkan tindakan kamu berdua,anak itu menjadi mangsa.Apabila saya membaca artikel-artikel di internet mahupun mendengarnya dengan telinga saya sendiri,saya merasa sangat sedih kerana saya merasa ingin menjaga bayi-bayi yang dibuang.

MALANGYA,

kebanyakan bayi yang dibuang telah meninggal sebelum ditemui oleh hamba-hamba Allah yang bertanggungjawab.

 SALAHKAH AKU JATUH CINTA?

Tidak ,tidak salah untuk kamu jatuh cinta.Allah telah tetapkan jodoh untuk kita di lauh mahfuz bahkan sejak bayi lagi.Jatuh cinta tidak salah namun perlu kena pada tempatnya.Kamu ingin jatuh cinta?Boleh,suami kamu akan menikahi kamu suatu hari nanti.Cintailah dia dengan sedalam-dalamnya.Namun,seandainya kamu belum bernikah lagi,bersabarlah..Berdoalah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kamu pasangan yang akan memimpin kamu ke syurga Allah bersama-sama anak-anakmu.InsyaAllah.Allah tidak pernah kejam tetapi Allah ingin menilai sejauh mana keimanan dan kuatnya cinta kamu terhadap Allah. Pada ketika ini,khasnya buat yang belum bernikah,kuatkan dan teguhkanlah cinta kamu terhadap Allah s.w.t.Cinta yang paling agung,cinta yang akan menentukan sama ada kita akan berbahagia bersama si dia di syurga Allah atau dicampak ke dalam api neraka.

BUATLAH PILIHAN YANG PALING TEPAT.

Allah telah beri kita pilihan,semuanya terletak kepada tangan kita.Untuk menjadi seorang yang dicintai oleh Allah,kita perlu mencintai Allah dahulu.Namun ketahuilah sesungguhnya Allah sentiasa mencintai kita,cuma kadang-kadang kita tidak sedar bahawa sebenarnya kita sentisa dicintai.Berhentilah mencari cinta yang haram dan ikhtiarlah untuk mencari cinta yang halal. Konklusi perbincangan saya pada kali ini adalah tidak salah untuk bercinta.Tidak pernah salah,cuma harus disesuaikan dengan masa dan keadaan.Berbalik kepada teka-teki kita tadi,baiklah,pasti anda tertanya=Tanya apakah perkara yang ingin saya kongsikan sebenarnya.Namun,saya yakin,setelah memberi pelbagai huraian dan perbincangan,para pembaca sudah dapat mengagak apakah perkara yang saya nyatakan.BAIK,SUDAH BERSEDIA?Inilah jawapannya,’COUPLE’.Benar bukan?BAGUS,Kita memilki fikiran yang sama.Bagi yang salah meneka,sila berikan perkara yang anda fikirkan sebenarnya dan kongsikan sebab-sebab anda fikir bahawa itu adalah jawapan kepada persoalan saya sebentar tadi di kotak komen di bawah.Bersama-samalah kita berusaha mendapatkan cinta Allah.

Wednesday, August 8, 2012

Dedication for THE ONE that I love the Most!

DEDICATION FOR THE ONE WHO I LOVE THE MOST,
DEAREST ALLAH,
IF I DIE TODAY,I JUST AFTER ONE THING .YOUR MAGHFIRAH.PLEASE,I BEG YOU,YA ALLAH..
FORGIVE ALL MY SINS.I’M A SINFUL PERSON.NEVER RAN AWAY FROM MAKING DOING SINS.
BUT,ALLAH REMAINS PATIENCE WITH MY ATTITUDE.
WHY?
BECAUSE ALLAH LOVE ME MORE THAN MY MOTHER LOVES ME.MORE THAN I LOVE MYSELF .

ALLAH,I WANNA SYAHID IN YOUR WAY.THAT’S THE ONLY THING THAT I AFTER BESIDES YOUR MAGHFIRAH.
I DON’T HAVE ANY MONEY.EVERYTHING THAT I HAVE IN MY POCKETS ARE ALL YOURS.
WHEN I ALREADY MEET YOU ONE DAY(I HOPE THAT DAY IS NEAR)PLEASE TAKE CARE OF MY PARENTS..

GIVE ALL YOUR LOVE TO THEM.

GIVE YOUR RAHMAH,I WANNA THEM TO BE HAPPY IN YOUR JANNAH SOON WITH ME AND MY SIBLINGS.

ABOUT MY SPOUSE,IF I DIDN’T GET THE CHANCE TO MEET HIM HERE,WE’LL MEET IN ALLAH's BEAUTIFUL JANNAH..

INSYAALLAH..I’LL ALWAYS WAIT FOR YOU.
NO ONE CAN TAKE YOUR PLACE AFTER 
ALLAH, 
RASUL,
PARENTS,
I’LL TRY TO NOT FALL IN LOVE TO ANY OTHER OTHER GUYS EXCEPT YOU BECUZ,YOU ARE THE ONLY ONE FOR ME.
ALLAH CREATED US TO BE TOGETHER..I HOPE THAT U’LL BE WAITING FOR ME TOO.

I HEART YOU MY BETTER HALF.;)