Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Ini adalah sambungan cerpen S.M.A.
Pada post sebelum ini,kita mendapati Fatimah Husna telah dilanggar oleh seorang jejaka yang tidak diketahui identitinya.Namun,Aisyah,sahabat baiknya seolah-olah menyimpan sesuatu perkara dari pengetahuan Fatimah.
Siapakah jejaka yang melanggar Fatimah?Nantikan jawapannya di post kali ini.Selamat membaca.
Namun,sebelum itu,andai anda belum membaca episod Satu cerpen ini. Jari anda dipersilakan untuk klik link ini yup..Moga peroleh manfaat..
S.M.A
Episod Dua.
7
Rabiul Awal 1433H
Fatimah
Husna telah berjaya menyiapkan tugasannya pada hari ini.Sesungguhnya,dia berasa
sangat bersyukur kerana tugasannya telah berjaya dia siapkan di perpustakaan
kampusnya.
“Alhamdulillah,siap
juga engkau ya,wahai kerja kursus.”
Fatimah bermonolog sendirian sambil
mengukir senyuman di bibir.
Kelihatan
dari jauh,jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah menatap wajah wanita yang
istimewa itu.Selama 21 tahun dia bernafas di muka Bumi,tidak pernah dia rasakan
damai yang sebegini seperti saat itu.Namun,dia masih belum bersedia untuk
menyatakan hasratnya pada Fatimah Husna.Ahmad berniat untuk melamarnya pabila
mereka menamatkan diploma pada semester ini.

"Sabar,ya
Ahmad.InsyaAllah,andai Fatimahlah orangnya,yang bisa menemani hidupku,yang
bisa berada di sisiku dalam meneruskan perjuanganku,saya bersyukur
sangat-sangat,
ya Allah.Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Saatnya pasti
akan tiba.Allah sudah pesan di dalam Surah An-Nur,ayat 26,
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
Kalau
saya mahu dapat srikandi yang baik,saya mesti menjadi baik dahulu.Bantulah
hambaMu,ya Allah.Saya ingin Fatimah menjadi permaisuri hati saya suatu hari
nanti.Aamiin.”
Fatimah
yang sedang leka menyelak helaian kerja
kursusnya sehelai demi sehelai muka surat,tidak menyedari dirinya sedang
dilihat oleh jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah,seorang lelaki yang kacak
dan memegang jawatan yang tinggi di kampusnya.Hampir setiap wanita di kampusnya
pernah menyukai jejaka ini.Di hadapan mesin cetak,Fatimah bermonolog sendirian,
“Alhamdulillah,kerja
kursus sudah siap dan hanya tinggal untuk dihantar pada Madam Maziyah sahaja.”
Fatimah
bingkas bangun dari tempat duduknya dan mengemas alat tulisnya.Setelah itu,dia
bergerak meninggalkan perpustakaan dan menuju ke bilik pensyarahnya.
7
Rabiul Akhir 1433H.
Kemanisan
selawat semakin kuat dirasakan di dalam sanubari insan bernama Fatimah Husna
al-Fateh.Sesungguhnya,apabila kita berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Allah juga akan mendoakan untuk kita .Oleh itu,marilah kita sentiasa berselawat
untuk mendapat layanan istimewa daripada Allah.Allah yang Maha Pengasih akan
mendoakan untuk kita!Sungguh Hebat Allah subhanahu wataala.
Fatimah
berjalan seorang diri melalui lorong yang agak jarang dilalui oleh mahasiswa
dan mahasiswi UiTM Dungun.Hal ini kerana,pada hari ini,dia berasa sangat
tertekan dengan kehadiran insan bernama Ahmad Izzuddin.Sejak kebelakangan
ini,dia merasa tidak selesa apabila berselisih dengannya atau apabila
bertentang mata dengannya.
“Ya
Allah,bantulah hambaMu,ya Allah.Saya tidak ingin melakukan zina.Andai Ahmad
Izzuddin Abdullah itu adalah jodohku,maka Allah satukanlah kami dengan lafaz
nikah yang suci pada suatu masa nanti.Andai dia bukan orangnya,bantulah hambaMu
ini untuk melupakan jejaka ini.Saya tidak ingin merindui atau teringat-ingat
kepada jejaka yang belum tentu menjadi milikku.Kabulkanlah permintaanku,ya
Allah.”
Fatimah
bermonolog dengan Tuhannya,Allah yang Maha Esa.Hanya Allah yang memahami
hatinya dan Allah yang memegang hati insan bernama Ahmad Izzuddin.Oleh
itu,hanya kepada Allah lah tempat dia
merintih pertolongan.Fatimah memang begitu.Segala-galanya dia sandarkan
pada Allah kerana dia tahu setiap perkara yang berlaku di dunia ini adalah atas
kehendakNya.Kepada siapa lagi yang patut kita sandarkan selain pada Allah,tuhan
yang Maha Menyintai kita?
“Fatimah!Engkau
buat apa di sini?Mengapa engkau berjalan keseorangan di sini?”
Ahmad Izzuddin
yang muncul entah dari mana arahnya menegur Fatimah yang sedang berbicara dengan
Allah,Yang Maha Mendengar segala rintihan hambaNya.
APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS AHMAD MENEGUR FATIMAH?
BENARKAH FATIMAH YANG AKAN MENJADI PEMAISURI HATI
AHMAD IZZUDDIN?
Nantikan jawapannya di post yang akan datang..
Semoga Allah memberkati kalian semua.aamiin.
No comments:
Post a Comment