JellyPages.com

Allah loves you very much... Cinta Allah mengatasi cinta sesiapa sahaja terhadapmu..Believe me..:)

Mari explore...

Sunday, February 10, 2013

S.M.A


    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..sahabat sekalian2..
Sudah lama diri ini menyepi dek tugasan dan tanggungjawab di tempat pengajian.Kali ini,cuti telah kembali dan masa untuk mengupdate blog telah tiba.Buat post kali ini,saya ingin menyajikan anda dengan sebuah cerpen hasil karangan saya.Alhamdulillah,cerpen ini dapat disiapkan dalam masa tiga hari.
     Semoga dengan penghasilan cerpen ini,para pembaca dapat memperoleh input yang sebanyak-banyaknya.Apa genre cerpen ini?Anda baca dan anda akan tahu.Oleh itu,terimalah cerpen bejudul S.M.A.Kenapa S.M.A?Anda akan tahu di penghujung cerpen ini.Sebarang komentar amat digalakkan..

    S.M.A

    Fatimah Husna binti Al-Fateh,nama yang indah semanis wajah pemiliknya.Inilah nama seorang gadis yang tersenarai di antara pelajar cemerlang Universiti Teknologi Mara,Dungun,Terengganu.Keperibadiannya sangat dikagumi ramai orang dek ketegasannya apabila berbicara berkaitan pelbagai perkara terutamanya bidang agama.Kalam Allah dan hadith menjadi rujukannya.Bibirnya sentiasa dibasahi dengan zikir hariannya.
     Perwatakannya tegas namun tetap istimewa di mata seorang insan yang dari jauh sentiasa mendamba agar Fatimah bisa menjadi Permaisuri hatinya suatu hari nanti.Namun,di sebalik kehebatan insan ini,dia menyimpan sebuah kisah silam yang tidak mahu diungkitnya sampai bila-bila.Jika boleh,dia ingin lari jauh-jauh dari kisahnya itu.Baginya,kisah itu cukup pedih dan menusuk atmanya ibarat keris yang tajam menembusi kalbunya.Kisah silam antara dia dan jejaka bernama Ahmad Izzuddin Abdullah benar-benar menguji kesabarannya.Inilah kisah insan yang bernama Fatimah Husna Al-Fateh.
7 Safar1433H
“Ya Allah,sampai bila masanya aku dapat menyiapkan kerja kursus ini?Sudah pelbagai buku kuselak,namun,saya masih belum menjumpai solusi bagi jawapan ini.Bantulah hambaMu,Ya Allah.”
Fatimah Husna berdoa kepada Allah.Tuhan,tempat dia mengadu segala masalah.Baginya,tiada yang lebih indah selain menceritakan masalah hariannya kepada Allah.Hal ini kerana,Allah yang memberinya ujian tersebut dan kepadaNyalah Fatimah bergantung.Dia juga sering menasihati sahabatnya perihal agama.
Pesanannya yang lekat di minda ramai orang yang ditemuinya adalah sepotong ayat Al-Quran dari Surah At-Taubah(ayat 41) yang membawa maksud,

‘Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan atau berat dan berjihadlah dengan hartamu dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikian  itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui’

Ramai orang yang senang berurusan dengannya namun ada juga yang memandang enteng terhadap insan ini.Hakikatnya,dia sedar insan yang ingin membawa kebenaran memang sering dipandang enteng.Baginya,cukuplah dia cantik di pandangan Allah dan dia tidak gentar andai ramai yang membencinya.Namun,majoritinya gemar mendengar nasihatnya yang sering diselit bersama kisah yang bermanfaat.
      Pagi itu,Matahari tegak memancarkan sinarnya ke seluruh alam.Sungguh,Allah telah cipta alam ini dengan sungguh indah sekali,siapalah kita sebagai hambaNya yang dhaif lagi hina untuk tidak mensyukuri setiap nikmat yang Allah telah ciptakan.Allah telah berfirman di dalam Surah Ar-Rahman dan telah mengulang pesanan ini sebanyak 31 kali di dalam surah ini.

“Maka nikmat TuhanMu yang mana yang kamu dustakan?”

Fatimah Husna berjalan lemah menuju ke kelasnya di Dewan Kuliah Empat sambil mendengus sendirian.
“Ya Allah panasnya cuaca hari ini.Kuatkan hati ini,yaAllah.Tinggal beberapa tapak sahaja lagi,ya Rahman..

 “Wahai api,jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Nabi Ibrahim”

Potongan ayat 69 dari Surah Al-Anbiya’a diulang beberapa kali sehingga dia sudah merasa keajaiban potongan ayat itu.
“Alhamdulillah,saya sudah selamat sampai ke Dewan Kuliah.Lega rasanya,ya Allah.”
Fatimah Husna bermonolog sendirian.Tiba-tiba,kedengaran sayup-sayup namanya dipanggil dari jauh.Dia menoleh ke belakang.DUSH!
Seorang jejaka melanggar bahunya dan berjalan melintasinya tanpa berkata apa-apa.Getus Fatimah di hatinya.
“Ya Allah,sekurang-kurangnya katalah maaf ke,I’m sorry ke.Ini tidak,dia main lalu sahaja.Ya Allah,berilah hidayah kepada pemuda itu.Aamiin..”
Namanya kedengaran lagi.Namun,kali ini,bunyinya lebih jelas sekali.
“FATIMAH!Anti tahu tidak enti dilanggar siapa sebentar tadi?”kata Aisyah dengan suara yang beria-ria.
Dia tidak mengerti sedikit pun apa yang Aisyah cuba sampaikan.
“Aisyah cakap apa ini?Jom masuk kelas.Kita sudah lewat ni.”Tegas Fatimah pada Aisyah yang bersifat persis kanak-kanak riang.
Kehadiran Aisyah di dalam hidupnya sedikit sebanyak bisa membantunya menempuhi hidup di kampus.Mereka bergegas ke Dewan Kuliah Empat.Namun,di dalam atmanya,soalan Aisyah berputar ligat 360 darjah.
“Apa yang Aisyah cuba sampaikan padaku?” Fatimah bermonolog sendirian.

Apakah yang Aisyah maksudkan?

Siapakah jejaka itu?

Nantikan sambungannya di post yang akan datang..;)

No comments:

Post a Comment