JellyPages.com

Allah loves you very much... Cinta Allah mengatasi cinta sesiapa sahaja terhadapmu..Believe me..:)

Mari explore...

Thursday, October 18, 2012

Salahkah aku jatuh cinta???

Cinta.
Satu perkataan yang bisa membuatkan seseorang insan terbayangkan tentang cinta yang mereka ingin rasakan.Setiap insan mengidamkan ciri-ciri pasangan yang berbeza.Cuba anda bayangkan sekiranya seluruh wanita di dunia ingin memiliki seorang suami yang kacak,bergaya,kaya,dan lain-lain.Sedangkan tidak semua lelaki di dunia ini mempunyai ciri seperti yang dinyatakan tadi.

Jatuh cinta.
Setiap hamba Allah,Allah telah letakkan perasaan untuk jatuh cinta ini ke dalam setiap sanubari manusia.Oleh itu,tidak hairanlah sekiranya setiap insan pernah mengalami insiden untuk jatuh cinta kepada seseorang. Saya telah hidup lebih dari sepuluh tahun di dunia ini.Oleh itu,saya telah mengenali pelbagai jenis orang.Adakalanya,orang itu pernah jatuh cinta sekali,adakalanya juga berkali-kali.Namun,jangan terkejut,kerana adakalanya,ada orang yang tidak pernah jatuh cinta.MasyaAllah,hebatnya kuasa Allah yang mampu menciptakan pelbagai jenis insan di dunia ini.Oleh itu,anda sedang membaca artikel ini,bersyukurlah kerana Allah telah pilih anda untuk membaca artikel ini.


TAHNIAH!

Allah sayangkan anda dan Allah tidak ingin anda hanyut dalam cinta duniawi yang tidak membawa apa-apa manfaat.Namun,ketahuilah sahabat-sahabat pembaca,cinta yang kita kejar di dunia ini adalah cinta ukhrawi.Tidak semestinya cinta itu hanya terhad cinta kepada Allah sahaja.Cinta kepada manusia juga bisa dijadikan cinta ukhrawi.Pada erti kata lain,kita menyintai seseorang hanya kerana Allah. Di sini,saya ingin berkongsi pendapat saya tentang suatu perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita.Perkara ini selalunya berlaku di kalangan remaja atau bahasa lainya,belia.

Dapatkah pembaca menjangka apakah perkara yang ingin saya kongsi pada pengisian kali ini?Anak-anak muda kini lebih gemar memanggilnya dengan menggunakan bahasa Inggeris.Perkataan ini bermula dengan huruf’C’ dan berakhir dengan huruf ‘E’.Sudah dapat mengagaknya?

BAGUS!

Simpan baik-baik di dalam kotak ingatan.Baiklah,mari kita mulakan perbincangan kita memandangkan anda sudah mengerti perkara yang ingin sampaikan.Saya sudah bersahabat dengan ramai orang sejak melangkah kaki ke sekolah rendah,seterusnya,sekolah menengah dan kini di Universiti.Oleh itu,walaupun saya tidak pernah melibatkan diri dalam insiden ini,namun,setelah mendengar dan memahami masalah yang sahabat saya alami setelah menempatkan diri dalam masalah ini,saya juga tidak ingin menikmati masalah yang sama. Seterusnya,memang diakui apabila anda terlibat dalam insiden ini,anda akan merasa seperti andalah insan yang paling gembira di dunia ini.Namun,sedarilah bahawa,perkara yang anda lakukan itu adalah salah di sisi agama islam.

Allah telah menegaskan di dalam Surat CintaNya bahawa kita perlu menjauhi zina.

Tambahan,insiden yang saya maksudkan ini adalah tidak asing lagi akan menyebabkan anak-anak muda kini terlibat dengan kancah penzinaan.Kononnya mereka berkata bahawa mereka akan hidup bahagia selamanya.Terutamanya kaum lelaki ,yang menjanjikan jutaan janji manis,wanita yang berhati lembut ini akan tergoda dan terus menetapkan di dalam hati mereka bahawa itulah jejaka yang akan memimpin mereka ke syurga Allah.

BETULKAH PERKARA YANG SAYA CAKAPKAN INI?

Kalau saya salah,tolong betulkan tutur kata saya.Namun,saya tidak nafikan,ada juga di kalangan lelaki yang tahu akan tanggungjawab mereka setelah melakukan sesuatu kesalahan tetapi bilangannya boleh dikira dengan jari sahaja.

Imam Hassan al-Banna pernah berpesan,
 ‘Kalau kamu berpasangan atau berkawan dengan pasangan kamu,selama 20 tahun sekalipun,kamu tidak akan mengenali nya,yang kamu kenal adalah lakonannya,’ 

ADAKAH ANDA SETUJU DENGAN PENDAPAT IMAM HASSAN AL-BANNA SAUDARA DAN SAUDARI PEMBACA SEKALIAN?

Jawablah di ruang komen di bawah.Saya yakin bahawa majorirti di antara kita akan setuju dengan pesanan Imam Hassan.Kalau tidak setuju,saya mohon kerjasama pembaca untuk berikan alasan dan komen,saya sudi membacanya. Dunia ini penuh dengan pancaroba.Kebanyakan kaum wanita sering menjadi mangsa keadaan apabila tertipu dengan janji manis seseorang lelaki.TID AK BOLEH TERIMA PERNYATAAN SAYA?Pelbagai insiden telah berlaku wahai sahabat-sahabat wanita.Anak yang dikandung menjadi mangsa yang paling tragis.Dibuang di merata tempat,di tong sampah,di dalam sungai,bahkan ada juga yang mencuba untuk mengepam bayi yang suci itu di dalam lubang jamban.
APAKAH SALAH YANG TELAH MEREKA LAKUKAN?
Disebabkan tindakan kamu berdua,anak itu menjadi mangsa.Apabila saya membaca artikel-artikel di internet mahupun mendengarnya dengan telinga saya sendiri,saya merasa sangat sedih kerana saya merasa ingin menjaga bayi-bayi yang dibuang.

MALANGYA,

kebanyakan bayi yang dibuang telah meninggal sebelum ditemui oleh hamba-hamba Allah yang bertanggungjawab.

 SALAHKAH AKU JATUH CINTA?

Tidak ,tidak salah untuk kamu jatuh cinta.Allah telah tetapkan jodoh untuk kita di lauh mahfuz bahkan sejak bayi lagi.Jatuh cinta tidak salah namun perlu kena pada tempatnya.Kamu ingin jatuh cinta?Boleh,suami kamu akan menikahi kamu suatu hari nanti.Cintailah dia dengan sedalam-dalamnya.Namun,seandainya kamu belum bernikah lagi,bersabarlah..Berdoalah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kamu pasangan yang akan memimpin kamu ke syurga Allah bersama-sama anak-anakmu.InsyaAllah.Allah tidak pernah kejam tetapi Allah ingin menilai sejauh mana keimanan dan kuatnya cinta kamu terhadap Allah. Pada ketika ini,khasnya buat yang belum bernikah,kuatkan dan teguhkanlah cinta kamu terhadap Allah s.w.t.Cinta yang paling agung,cinta yang akan menentukan sama ada kita akan berbahagia bersama si dia di syurga Allah atau dicampak ke dalam api neraka.

BUATLAH PILIHAN YANG PALING TEPAT.

Allah telah beri kita pilihan,semuanya terletak kepada tangan kita.Untuk menjadi seorang yang dicintai oleh Allah,kita perlu mencintai Allah dahulu.Namun ketahuilah sesungguhnya Allah sentiasa mencintai kita,cuma kadang-kadang kita tidak sedar bahawa sebenarnya kita sentisa dicintai.Berhentilah mencari cinta yang haram dan ikhtiarlah untuk mencari cinta yang halal. Konklusi perbincangan saya pada kali ini adalah tidak salah untuk bercinta.Tidak pernah salah,cuma harus disesuaikan dengan masa dan keadaan.Berbalik kepada teka-teki kita tadi,baiklah,pasti anda tertanya=Tanya apakah perkara yang ingin saya kongsikan sebenarnya.Namun,saya yakin,setelah memberi pelbagai huraian dan perbincangan,para pembaca sudah dapat mengagak apakah perkara yang saya nyatakan.BAIK,SUDAH BERSEDIA?Inilah jawapannya,’COUPLE’.Benar bukan?BAGUS,Kita memilki fikiran yang sama.Bagi yang salah meneka,sila berikan perkara yang anda fikirkan sebenarnya dan kongsikan sebab-sebab anda fikir bahawa itu adalah jawapan kepada persoalan saya sebentar tadi di kotak komen di bawah.Bersama-samalah kita berusaha mendapatkan cinta Allah.

4 comments:

  1. panjangnye dek. kene kurangkan skit. letih nk bace. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke,kak..
      oke.noted..
      insyaAllah..
      i'll write better..

      Delete
  2. menyentuh hati.. terase sgt.. hmm.. syukran.. ats tulisan yg ikhlas ini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran kerana sudi membaca..
      moga peroleh manfaat yup..
      sye pun,,
      bile rse diri lemah,,bce balik post ni,,
      trse dgn tlisn sndiri..
      ;)

      Delete